Utusan Borneo (Sarawak)

586 KRT dan KTP di Kelantan pasang Jalur Gemilang sejak 1 Ogos

-

MACHANG: Sebanyak 586 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Kelas Tabika Perpaduan (KTP) di seluruh Kelantan telah mula memasang Jalur Gemilang sejak 1 Ogos hingga 16 September depan bertujuan menyemarak­kan sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan komuniti setempat dan kanak-kanak tabika.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan Norwahidah Zinalibdin berkata selain bangunan KRT dan KTP, pemimpin dan ahli jawatankua­sa KRT juga digalakkan memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

“Sekurang-kurangnya, satu Jalur Gemilang perlu dipasang di setiap KRT dan KTP bagi menyambut Bulan Kebangsaan tahun ini,” katanya kepada pemberita pada majlis Sesi Maklum Balas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) Peringkat Machang di Kompleks Perpaduan di sini, semalam.

Lebih 150 pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) di Jajahan Machang menyertai program yang diadakan buat pertama kali di Kelantan itu dengan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Chondong Azhar Salleh.

Mengenai draf PTPN itu, Norwahidah berkata pihaknya kini sedang memberi tumpuan khusus untuk mendapatka­n maklum balas daripada rakyat dan pemimpin NGO di peringkat akar umbi bagi merangka satu pelan perpaduan membabitka­n penglibata­n rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Maklum balas ini penting dalam usaha membendung isu-isu sensitif yang membabitka­n agama dan kaum yang ditimbulka­n oleh sesetengah pihak tidak bertanggun­gjawab sehingga menyebabka­n ketegangan tercetus antara kaum dan agama,” katanya menambah program serupa akan diperluask­an ke seluruh Kelantan dalam tempoh terdekat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia