Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas menanti pihak cetus provokasi perkauman: Hamzah

-

BAGAN SERAI: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan provokasi perkauman termasuk menerusi eksploitas­i bahasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, ini kerana tindakan sedemikian jelas melanggar perlembaga­an.

“Jangan lakukan sesuatu perkara mengikut perasaan untuk mengangkat manamana kumpulan. Negara ini masih berdaulat, kita ambil daripada penjajah untuk kepentinga­n bersama, bukan untuk kepentinga­n mana-mana kaum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Larut di Bukit Merah Lake Town Resort di sini, semalam.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mengulas perbuatan pihak tertentu menampal tulisan Cina di tiga papan tanda nama jalan di Kuching, Sarawak yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Sementara itu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, setakat ini pemilihan serentak di semua bahagian parti bagi memilih Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU semalam berjalan lancar.

Beliau berkata, keputusan pemilihan membabitka­n jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, tiga naib presiden dan 20 ahli MPT tersebut dijangka diketahui pada 10 malam ini (semalam).

Selain itu, beliau berkata Perhimpuna­n Agung BERSATU yang dijadualka­n pada 26 September depan dijangka ditangguhk­an berikutan tarikh tersebut serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya akan menulis surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) Isnin ini untuk meminta penangguha­n perhimpuna­n itu agar perwakilan dari Sabah dapat mengambil bahagian,” katanya.

Hamzah juga meminta semua ahli BERSATU memberikan sokongan 100 peratus kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

PRK DUN Slim menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru melibatkan Mohd Zaidi dan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru, S. Santharase­karan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia