Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM kompaun 75 individu, 11 direman atas kesalahan ingkar PKPP: Ismail Sabri

-

KUALA LUMPUR: Seramai 75 individu dikompaun manakala 11 individu pula direman atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kelmarin, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, 53 individu dikenakan tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melakukan kesalahan menyukarka­n penjarakan fizikal, 30 individu gagal menyediaka­n peralatan atau catatan keluar masuk, dua orang tidak memakai pelitup muka serta seorang pendatang asing tanpa izin.

Mengenai Operasi Benteng bagi mengawal sempadan negara pula, PDRM mengadakan 63 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 28,729 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin terutamany­a di lorongloro­ng tikus.

“Daripada operasi tersebut, tiada sebarang tangkapan dilakukan. Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkua­saan terus mengetatka­n kawalan sempadan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembang­an PKPP, semalam.

Sementara itu, sejak 24 Julai hingga kelmarin, seramai 15,174 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa dan kesemua telah ditempatka­n di 69 Hotel dan lima

Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Labuan.

Jelasnya daripada jumlah itu, seramai 43 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 7,469 individu telah discaj serta dibenarkan pulang.

“Mereka telah pulang dari 32 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir,

Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya.

Ismail Sabri berkata, penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut melakukan 1,536 pemeriksaa­n khas pematuhan PKPP dan mendapati 1,529 premis mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Terdapat enam premis diberi nasihat dan satu premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP. Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya mengamalka­n kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamany­a dalam aktiviti jual beli barangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia