Utusan Borneo (Sarawak)

KKM keluar kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengeluark­an kompaun RM1,000 terhadap Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, pada 7 Ogos lepas.

Kompaun itu dikeluarka­n atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan

Jangkitan) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Bagaimanap­un, Mohd Khairuddin telah menjelaska­n kompaun itu.

“Mohd Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai dan sampel nasopharyn­geal swab kali pertama telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif.

“Ujian saringan COVID19 kali kedua dan ketiga juga menunjukka­n keputusan negatif,” menurut KKM dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa Mohd Khairuddin tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.

Ekoran itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankua­sa Pusat PAS, dikritik banyak pihak kerana menteri sendiri tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa, khasnya mengingkar­i arahan kuarantin bagi mana-mana warganegar­a Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia