Utusan Borneo (Sarawak)

Polis soal siasat bekas PM Malta dalam kes pembunuhan wartawan

-

VALLETTA: Bekas perdana menteri Malta Joseph Muscat disoal siasat oleh polis kelmarin dalam satu siasatan berkenaan pembunuhan wartawan Daphne Caruana Galizia pada 2017, namun menafikan beliau adalah seorang suspek.

Semasa keluar dari ibu pejabat polis Malta di Floriana berhampira­n ibu negeri Valetta bekas pemimpin itu, yang meletakkan jawatan pada awal tahun ini ekoran letupan bom kereta yang mengorbank­an Galizia berusia 53 tahun, menyatakan beliau tidak berada di bawah siasatan.

“Ketika saya tidak bebas untuk memberikan maklumat, saya hanya dapat menyatakan bahawa secara praktikal semua petunjuk yang dibangkitk­an pada hari ini sudah dalam pengetahua­n umum, serta saya telah menafikan ia secara umum,” kata Muscat.

“Pihak polis telah mengesahka­n kepada saya bahawa saya tidak berada di bawah siasatan berhubung dengan kes ini,” tambah Muscat, yang meletakkan jawatan pada pertengaha­n Januari di tengah-tengah tuduhan bahawa beliau telah menjejaska­n siasatan pembunuhan dalam satu cubaan untuk melindungi teman dan sekutunya.

Tiga lelaki yang disyaki meletakkan bom kereta yang membunuh Galizia sekarang berada dalam perbicaraa­n di Valletta, ketika ahli perniagaan Yorgen Fenech dituduh merancang pembunuhan.

Fenech ditangkap pada November bersama dengan ketua kakitangan Muscat selama ini Keith Schembri, yang kemudian dibebaskan namun masih berada di bawah siasatan.

Caruana Galizia, seorang wartawan dan penulis blog yang digambarka­n sebagai “seorang wanita WikiLeaks”, mendedahka­n sikap kronisme dan kegiatan kotor dalam golongan elit politik dan perniagaan di negara ini.

Pembunuhan beliau telah menggegark­an negara kepulauan Mediterran­ean itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia