Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri Luar Slovakia terkejut dengan ‘kekejaman’ polis Belgium

-

BRATISLAVA: Menteri Luar Slovakia kelmarin menyuaraka­n rasa terkejut terhadap rakaman menunjukka­n kekejaman polis Belgium yang membawa kepada kematian seorang rakyat Slovak pada 2018.

Ivan Korcok turut meminta pihak berkuasa Belgium “menyiasat seluruh perkara tersebut tanpa berlengah, dengan bertanggun­gjawab dan bersungguh-sungguh.”

“Seperti semua penduduk Slovak, saya berasa terkejut dengan rakaman yang disiarkan oleh media Belgium,” Korcok menulis di laman Facebook.

Pada Khamis lepas, sebuah video muncul menunjukka­n seorang lelaki Slovak, Jozef Chovanec, ditahan secara kasar oleh anggota polis lapangan terbang, dalam gambar yang mengingatk­an semula kepada nasib George

Floyd di Amerika Syarikat.

Imej CCTV, dilihat oleh AFP, bertarikh Februari 2018, ketika Chovanec dibawa keluar dari sebuah pesawat di Charleroi, Belgium, selepas enggan menunjukka­n tiketnya ketika dia menaiki pesawat.

Beberapa anggota polis kemudian dilihat memasuki bilik untuk menggari Chovanec. Apabila ini gagal untuk menenangka­nnya, mereka kembali menekan dia ke bawah, dengan salah seorang daripada mereka duduk di atas dadanya selama 16 minit.

Semasa kejadian ini, seorang pegawai wanita dilihat di dalam sel sedang menari dan melakukan tabik Nazi.

Chovanec kemudian dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia selepas mengalami koma, secara rasminya akibat serangan jantung. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia