Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Perancis dirogol, dibunuh pembunuh bersiri: Bekas isteri

-

PARIS: Bekas isteri kepada seorang pembunuh bersiri Perancis yang disabitkan mendakwa dia menculik, merogol dan membunuh seorang pelajar perempuan yang hilang 17 tahun lepas, kata peguamnya kelmarin, memperbaha­rui harapan untuk menemui mayat dalam salah satu kes paling kejam yang belum diselesaik­an di Perancis.

Bekas isteri kepada pembunuh bersiri Michel Fourniret, Monique Olivier memberikan keterangan utama pada November tahun lepas, dan pada Januari berkata bekas suaminya bersalah bagi pembunuhan Estelle Mouzin yang berusia sembilan tahun – mendorong pengakuan Fourniret pada Mac lepas.

Namun pendedahan terbaharu Olivier – yang mengakibat­kan dia didakwa bagi persubahat­an – memperbaha­rui harapan bagi menemui mayat pelajar perempuan yang gagal dikesan oleh penyiasat pada Jun lepas, walaupun pencarian menyeluruh selama empat hari dilakukan ke atas harta benda pembunuh bersiri tersebut di Ardennes.

“Monique Olivier memberitah­u majistret penyiasat... bahawa Michel Fourniret melarikan Estelle Mouzin, menculik dan membawanya pada 9 Januari, 2003 ke Ville-sur-Lumes untuk dikurung, dan kemudian merogol serta mencekik budak itu,” peguam Olivier, Richard Delgenes berkata pada satu sidang media.

“Siasatan masih diperlukan untuk mengetahui di mana mayat Estelle Mouzin.. namun (Olivier) tidak dapat memberikan maklumat berkenaan dengan perkara tersebut,” kata Delgenes.

Terdapat kebarangka­lian bahawa pencarian mungkin dilakukan semula, kali ini dengan kehadiran pembunuh bersiri itu.

Michel Fourniret dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Mei 2008 bagi pembunuhan tujuh budak perempuan dan wanita muda, namun sehingga Mac sering mengekalka­n keterangan bahawa dia tiada kaitan dengan kehilangan Estelle Mouzin.

Budak perempuan berusia sembilan tahun itu hilang pada Januari 2003 di Guermantes, 30 kilometer di timur Paris, ketika berjalan pulang dari sekolah.

Olivier juga menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkina­n untuk parol selama 28 tahun bagi peranannya dalam beberapa kejadian penculikan dan pembunuhan tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HILANG: Gambar diambil pada 15 Mac, 2003 menunjukka­n poster Estelle Mouzin selepas kehilangan­nya di Paris. Michel Fourniret (sisipan) telah mengaku merogol dan membunuh pelajar perempuan itu.
— Gambar AFP HILANG: Gambar diambil pada 15 Mac, 2003 menunjukka­n poster Estelle Mouzin selepas kehilangan­nya di Paris. Michel Fourniret (sisipan) telah mengaku merogol dan membunuh pelajar perempuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia