Utusan Borneo (Sarawak)

AS sekali lagi tuntut hukuman mati terhadap pengebom Boston Marathon

-

WASHINGTON: Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), William Barr sekali lagi akan menuntut hukuman mati terhadap Dzhokhar Tsarnaev di atas pengeboman Boston Marathon, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan Associated Press.

Pada 31 Julai, sebuah mahkamah rayuan persekutua­n di Boston memerintah­kan agar tiga sabitan Tsarnaev dibatalkan, hukuman mati dibatalkan dan perintah perbicaraa­n hukuman baharu.

Barr berkata, Jabatan Kehakiman merancang untuk membuat rayuan ke atas perintah itu dan bahkan akan membawanya ke Mahkamah Agung, menurut laporan itu pada Khamis.

Tsarnaev akan kekal dipenjara seumur hidup kerana tidak mencabar hukuman seumur hidup yang dijatuhi terhadapny­a.

Pengeboman Boston Marathon

pada 15 April 2013, mengorbank­an tiga orang dan mencederak­an ratusan yang lain.

Dzhokhar dan abangnya Tamerlan didapati bersalah atas serangan itu. Tamerlan dibunuh oleh polis ketika dalam pelarian pada 19 April tahun yang sama, manakala Dzhokhar ditangkap pada hari berikutnya dan dijatuhkan hukuman mati dengan suntikan maut pada Mei 2015. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia