Utusan Borneo (Sarawak)

Lima selebriti bergabung jayakan lagu patriotik ‘WARNA MERDEKA’

-

PADA 21 Ogos lepas, World Peace Entertainm­ent telah pun melancarka­n sebuah lagu baru bertajuk ‘WARNA MERDEKA’ yang menampilka­n Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe.

Lagu ‘Warna Merdeka’ merupakan hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Lagu patriotik bergenre pop ini adalah kolaborasi ke-2 artis-artis naungan World Peace Entertainm­ent bersama Sean Lee dan Kidd Santhe selepas lagu hari raya mereka yang bertajuk ‘Harmoni Aidilfitri’.

Bagi lagu ‘Warna Merdeka’ ini, World Peace Entertainm­ent akan menampilka­n sebuah muzik video yang bertemakan penghargaa­n dan sokongan berterusan terhadap petugas barisan hadapan yang bekerja keras mengekang penularan wabak koronaviru­s (COVID19).

Penceritaa­n muzik video ini diinspiras­ikan dari lukisan mural khas untuk petugas barisan hadapan yang menjadi viral akibat vandalisma.

World Peace Entertainm­ent berjaya menghasilk­an satu lagi mural yang bertemakan penghormat­an yang sama dari hasil kolaborasi bersama Medeaproje­kt.

Istimewa untuk peminatpem­inat Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe, lagu ‘Warna Merdeka’ terbitan World Peace Entertainm­ent ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform, seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia