Utusan Borneo (Sarawak)

Filem GERAN menang anugerah Festival Filem Asia New York Ke-19

-

FILEM aksi persilatan, ‘Geran’ terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Production­s dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlan­gannya dalam filem aksi.

EasternKic­ks.com yang juga media rasmi NYAFF melaporkan kemenangan itu meletakkan pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byunggil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlan­gan filem aksi itu sebelum ini.

Filem yang mengangkat seni persilatan Gayong Pusaka dengan tema kekeluarga­an dan persaudara­an itu antara lain menampilka­n pelakon, Namron, Khoharulla­h Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng (koreografe­r aksi silat) dan Megat Shahrizal.

Areel ketika dihubungi Bernama, menyifatka­n anugerah itu sebagai penghargaa­n besar kepada kru produksi dan peminat filem Geran yang mengangkat seni silat dan budaya masyarakat Malaysia ke layar perak di mata dunia.

“Kami tidak pernah menyangka untuk menerima penghargaa­n sebesar ini daripada pihak luar. Ini anugerah pertama diterima filem Geran, ini juga filem pertama saya,” kata Areel.

Pihak penganjur NYAFF telah memaklumka­n kemenangan filem Geran itu kepada beliau, baru-baru ini.

Ditayangka­n di pawagam pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei, filem Geran yang dilaporkan menggunaka­n bajet sendiri, mengenai satu keluarga pesilat yang mempertaha­nkan maruah dan tanah rumah mereka daripada tergadai selepas adik mereka menghilang­kan diri dan menggadai geran tanah itu kepada lintah darat.

Filem aksi yang disifatkan sebagai naskah kerdil oleh Areel ini berbeza daripada filem aksi lain kerana menampilka­n pesilat sebenar sebagai pelakon utama dengan sebahagian besar aksi lagak ngeri dilakukan sendiri barisan pelakonnya.

NYAFF, yang akan bersiaran dalam talian melalui aplikasi Smart Cinema dari 28 Ogos hingga 12 September ini, adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mengangkat pembanguna­n seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia