Utusan Borneo (Sarawak)

PGA tahan tujuh tekong warga asing seludup 21 migran

Operasi bersepadu dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pelabuhan Klang dan Jabatan Siasatan Jenayah D3 Bukit Aman

-

“Sindiket

didalangi dua tekong warga Myanmar dan lima tekong warga Indonesia berkenaan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin dari negara asal menggunaka­n bot-bot nelayan tempatan kelas B dan C dan bertindak sebagai ‘transporte­r’ di Selat Melaka.

PELABUHAN KLANG: Tujuh bot nelayan tempatan membawa 28 migran termasuk tujuh tekong ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah dalam satu operasi bersepadu di perairan Sekinchan, dekat sini pada Rabu dan Khamis lepas.

Komander PGA Briged Tengah, SAC Muhammad Abdul Halim berkata, operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pelabuhan Klang dan Jabatan Siasatan Jenayah D3 Bukit Aman.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 1.30 petang Rabu itu adalah hasil risikan pihaknya selepas mendapati sindiket penyeludup­an migran kini menggunaka­n bot nelayan tempatan berdaftar sebagai taktik terbaharu untuk menjalanka­n kegiatan berkenaan.

“Sindiket didalangi dua tekong warga Myanmar dan lima tekong warga Indonesia berkenaan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin dari negara asal menggunaka­n bot-bot nelayan tempatan kelas B dan C dan bertindak sebagai ‘transporte­r’ di Selat Melaka.

“Pemeriksaa­n mendapati, kesemua lelaki yang ditahan dalam serbuan ke atas bot berkenaan tidak mempunyai dokumen sah dan kita sedang menyiasat sama ada mereka merupakan kru kapal atau migran yang dibawa masuk,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan memindahka­n migran daripada kapal rakan sejenayah di sempadan perairan antarabang­sa ke bot nelayan tempatan dalam jumlah yang sedikit.

Katanya, taktik tersebut bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa kononnya migran berkenaan merupakan kru kapal malah ada migran yang terpaksa mengikuti aktiviti menangkap ikan sebelum diturunkan di jeti tertentu.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati sindiket mengenakan

SAC Muhammad Abdul Halim

Komander PGA Briged Tengah

caj antara RM800 hingga RM1,500 untuk satu perjalanan masuk seorang migran ke negara ini.

“Polis sedang mengesan pemilik bot-bot nelayan berkenaan dan sejauh mana penglibata­n mereka dengan sindiket penyeludup­an migran tersebut.

“Hasil risikan mendapati, kawasan pendaratan migran yang menjadi tumpuan adalah di sekitar pesisir pantai di Selangor atau diseludup melalui jeti nelayan di Sekinchan,” katanya.

Muhammad berkata, kesemua migran yang berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu direman sehingga 17 September depan dan bot nelayan serta peralatan yang dirampas bernilai RM4.2 juta itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 4 Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia