Utusan Borneo (Sarawak)

MAQIS P. Pinang rampas lemak babi bernilai RM110,456.37

-

BUTTERWORT­H: Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang, merampas 16,200 kilogram (kg) lemak babi bernilai RM110,456.37 yang dibawa masuk daripada Belanda kerana tidak mematuhi syarat import, dalam pemeriksaa­n di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterwort­h Utara (NBCT), di sini pada Isnin.

Pengarahny­a Zarina Ramli berkata, pemeriksaa­n pihaknya pada jam 9 malam mendapati sebuah kontena yang membawa lemak babi itu, tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan oleh

MAQIS.

“Berikutan itu, kami merampas semua 1,620 bekas mengandung­i lemak babi dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen Seksyen 15(1), Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011, iaitu pengimport­an atau pengekspor­tan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian atau mikroorgan­isma, hendaklah mematuhi syarat import sebagaiman­a yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan, atau syarat eksport, sebagaiman­a yang dinyatakan dalam permit atau lesen.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, pihak MAQIS sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara, bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian dan ikan yang masuk atau keluar dari negara ini, mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan, bagi memastikan keselamata­n makanan terjamin serta selamat di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia