Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 21 September

-

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Kluang Johor, ACP Mohd Abduh Ismail antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan kelmarin, memaklumka­n Mohd Abduh dilantik sebagai Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam, Kinarut, Sabah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Pertukaran lain melibatkan Supt E2C2, Cawangan Khas, Bukit Aman Supt Nur Azlin Lim Wee Lin dilantik selaku Pegawai Turus E3F Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

Selain itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan, Supt Mohd Khairiel Mohd Arif dilantik menjadi Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran lain turut menyaksika­n Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Johor Supt Low Hang Seng dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, dengan memangku pangkat ACP.

Asmawati berkata, Penolong Pengarah (Pengurusan Fasiliti) Cawangan Pengurusan Fasiliti, Bahagian Fasiliti, Bekalan, Aset, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman Supt Basri Abu Bakar dilantik sebagai Penolong Pengarah (Telekomuni­kasi) Cawangan Telekomuni­kasi dan Sistem Maklumat, Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran lain turut melibatkan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu Lintas) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman Supt Gan Chip Pho dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (Operasi) Pahang, dengan memangku pangkat ACP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia