Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 50 kes baru di Singapura, lima kes import

-

SINGAPURA: Sejumlah 50 kes baru jangkitan COVID19 telah dilaporkan di Singapura untuk tempoh 24 jam lepas dengan lima merupakan kes import, menjadikan jumlah keseluruha­n di republik itu 56,266.

Menurut data ringkas yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Singapura (MOH) semalam, kesemua kes import itu telah dikenakan Notis Tinggal Di Rumah, sebaik tiba di negara itu.

Berdasarka­n siasatan sehingga kini, Kementeria­n itu menyatakan terdapat dua kes dalam komuniti, kedua-duanya warganegar­a Singapura.

Dalam data penuh yang dikeluarka­n pada lewat Jumaat, republik itu telah mengklasif­ikasikan 835 daripada kes dilaporkan sebagai kes import, 2,215 sebagai kes komuniti dan 53,155 kes penghuni asrama pekerja asing.

Kementeria­n itu menyatakan, pada masa ini terdapat kira-kira 14,300 pekerja yang masih menjalani tempoh kuarantin.

Pekerja-pekerja ini akan diuji semula apabila tempoh kuarantin mereka tamat.

“Kami menjangkak­an jumlah kes akan terus tinggi dalam hari yang akan datang, sebelum ia berkuranga­n selepas itu,” katanya.

Sejumlah 53,651 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah didiscaj daripada hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

Sementara itu, 72 kes yang disahkan masih ditempatka­n di hospital, namun tiada yang ditempatka­n di unit rawatan rapi.

Sejumlah 2,466 pesakit yang bergejala ringan dan mereka yang secara klinikalny­a sihat, tetapi masih diuji positif COVID-19, masih diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini, 27 maut akibat komplikasi COVID-19 di republik itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia