Utusan Borneo (Sarawak)

PAS terima surat kesediaan BERSATU sertai Muafakat Nasional: Takiyuddin

Sahlah penyertaan BERSATU dalam MN dengan mesyuarat dijangka dalam masa terdekat

-

“Hari ini (semalam) saya boleh mengesahka­n Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab surat itu menyatakan kesediaan BERSATU menjadi anggota (baharu) di bawah MN.

Datuk Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS

KOTA BHARU: PAS telah menerima surat daripada Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kesediaan BERSATU menyertai Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

“Hari ini (semalam) saya boleh mengesahka­n Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab surat itu menyatakan kesediaan BERSATU menjadi anggota (baharu) di bawah MN.

“(Saya bagi pihak Presiden PAS) dah terima surat itu. Sahlah sekarang ini (penyertaan BERSATU ke dalam MN), cuma kita belum ada perbincang­an (rasmi antara ketiga-tiga parti) setakat ini. Mungkin kita akan adakan mesyuarat (rasmi) bersama tiga parti (dalam masa terdekat),” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Sumbangan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di sini, semalam.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September ini, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata MN masih belum memutuskan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti komponen masing-masing pada pilhan raya itu.

Katanya MN masih mempunyai masa kira-kira dua minggu untuk memuktamad­kan senarai calon dan kerusi yang akan ditandingi partiparti komponen MN dalam pilihan raya melibatkan 73 kerusi DUN itu.

Mengulas mengenai pendaftara­n Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin berkata PN masih menunggu kelulusan pendaftara­nnya daripada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan dan PAS merupakan antara penaja kepada penubuhan parti PN.

Sementara itu, semasa ditanya mengenai Menteri

Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas pulang dari Turki, Julai lepas, Takiyuddin berkata siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu dan jika ada kes, perlu dibawa ke mahkamah.

“Itu kita serah kepada pihak

berkuasa seperti Kementeria­n Kesihatan (untuk buat siasatan). Kalau ada laporan polis, polis yang kena siasat. (Mohd Khairuddin perlu melalui) proses undang-undang biasa walaupun (beliau) seorang menteri,” katanya.

Mengenai program skim bantuan berkenaan, seramai 300 pelajar tingkatan lima dan enam akan menerima bantuan sebanyak RM50 sebulan bermula bulan ini hingga Januari depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Takiyuddin (kiri) menyampaik­an bantuan komputer riba kepada Nor Amalin pada Majlis Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandara­n Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Takiyuddin (kiri) menyampaik­an bantuan komputer riba kepada Nor Amalin pada Majlis Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandara­n Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia