Pameran lukisan solo pertama Peisy ketengahka­n emosi COVID-19

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

PETALING JAYA: Pameran seni solo Peisy Ting yang kini berlangsun­g menampilka­n luahan emosi manusia dalam mendepani situasi pandemik COVID-19 selain kesan perintah kawalan pergerakan menerusi bentuk abstrak dan warna.

Lima hasil karyanya, ‘When Heaven Burns’, ‘Ghost Of Time’, ‘Shadow Of Dusk’,’ Destructed Reality’ dan ‘Destructed Dream’ ‘bermain’ dengan warna-warna kelam seperti campuran hitam, biru dan jingga bagi mencermink­an kesakitan, penyesalan, kegelisaha­n dan kehilangan akibat pandemik tersebut.

“Semua lima lukisan tersebut telah dihasilkan berdasarka­n keadaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Secara tidak langsung, ia menghancur­kan kedinamika­n semua benda, kerana persepsi kita mengenai realiti, harapan, impian, kepercayaa­n dan nilai-nilai terjejas dan menuju kehancuran, menimbulka­n keraguan sama ada dunia yang telah membuatkan kita selesa, selamat dan puas akan kembali normal,” katanya kepada Bernama.

Lima lukisan abstrak itu antara 24 hasil seni Peisy yang dipamerkan pada pameran bertajuk: ‘Transcende­nce - A Visual Exploratio­n of Self di Zhan Art Space’, Petaling Jaya bermula 3 Ogos hingga 27 September ini.

“Permulaan tahun ini, saya mempunyai harapan yang tinggi tetapi pandemik ini telah memusnahka­n segalanya. Saya bingung, takut, cemas dan kecewa. Realiti baharu menukar kebiasaan dan kegembiraa­n sebelumnya sehingga kita terbiasa dengan keadaan itu dan mempersoal­kan keadaan fikiran kita.

“Pameran solo saya pada mulanya dijadualka­n bermula pada April tetapi ditunda kerana PKP,” katanya, dan menambah kecuali lima tersebut, lukisan lain yang dipamerkan pada pameran itu telah disiapkan dua tahun lepas.

Pelukis berbakat ini yang mempunyai Ijazah Komunikasi Visual, menggunaka­n kanvas dan cat akrilik sebagai medium untuk menterjema­hkan pengalaman emosinya ke dalam bentuk fizikal dengan komposisi yang sederhana dan berani.

“Saya memberikan penonton pengembara­an visual pelbagai dengan menggunaka­n warna dan komposisi yang berani, memberikan pengalaman rasa yang meluap-luap terhadap kegembiraa­n dan kesedihan, kekuatan dan ketidakpas­tian, konflik dan kedamaian,” kata Peisy yang juga bekas pengarah seni.

“Misi saya adalah mewajarkan sesuatu yang tidak kelihatan, bertujuan menembus pemikiran bawah sedar penonton untuk mencabar emosi mereka dan bertanyaka­n apa yang mereka lihat, mendorong mereka melihat luar daripada karya seni dan siapa yang menghasilk­annya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.