Utusan Borneo (Sarawak)

Shopee lancar kempen jualan 9.9 susulan kejayaan 8.8

-

KUALA LUMPUR: Acara beli-belah dalam talian Festival Jenama 8.8 (8 Ogos) Shopee berakhir dengan amat menggalakk­an, termasuk mencatat jualan lima juta helai pelitup muka dalam tempoh sehari.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata antara yang mendapat permintaan ketara pada acara beli-belah itu termasuk produk penjagaan kebersihan, barangan runcit, aksesori mudah alih dan perkakasan rumah.

Malah, beribu-ribu helai bendera Jalur Gemilang turut dibeli kalangan rakyat patriotik bersempena sambutan Hari Kebangsaan bagi tujuan menghias rumah, sekolah dan restoran.

“Pada 8 Ogos lepas, kami mencatatka­n jualan lima juta pelitup muka tiga lapisan. Malah, produk pelitup muka itu antara salah satu jualan paling laris.

“Barangan runcit, perkakasan dan keperluan dapur seperti periuk tekanan, penggoreng berasaskan udara, cecair basuh baju dan produk lain termasuk tisu basah untuk bayi, kotak (rak) kasut terus mendapat permintaan ketara,” katanya kepada Bernama kelmarin.

Ho berkata sambutan yang amat menggalakk­an ketika Festival 8.8 itu juga dipacu oleh beberapa faktor seperti tawaran menarik RM8 ketika acara Jualan Kejutan yang merentasi semua kategori dan penghantar­an percuma dengan hanya berbelanja serendah RM10 bagi tempoh jam 12 pagi hingga 2 pagi serta baucar diskaun 50 peratus pada 8 Ogos tersebut.

Faktor lain termasuk kempen jenama bersama dikenali Hari Jenama Terhebat membabitka­n Shopee berserta 15 jenama lain dengan tawaran menarik untuk para pengguna.

Selain itu, susulan kejayaan tersebut, platform beli-belah popular itu kini melancarka­n acara jualan tahunannya yang merupakan edisi kelima penganjura­nnya - Hari BeliBelah Terhebat sehingga 9 September 2020.

“Banyak yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia termasuk penghantar­an percuma setiap hari dengan perbelanja­an minimum serendah RM9; Jualan Kejutan setiap hari dengan tawaran RM9, baucar diskaun 50 peratus serta peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM99,000 dengan menyertai acara Permainan Shopee,” katanya.

Ho berkata Shopee turut bekerjasam­a dengan kerajaan bagi menyediaka­n penyelesai­an e-dagang serta membolehka­n pelaksanaa­n digitalisa­si perniagaan terutama bagi mereka yang mempunyai premis konvension­al dan berteraska­n objektif untuk memacu pemulihan ekonomi.

Bagi mencapai sasaran itu, kerajaan menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang merupakan agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia telah melancarka­n beberapa inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia