Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan kewangan TH dijangka dibentang sebelum 27 Ogos di Parlimen

-

SHAH ALAM: Laporan Kewangan Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018 dan 2019 dijangka akan dibentangk­an sebelum berakhirny­a sesi mesyuarat kedua sidang parlimen, pada 27 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Kementeria­n Kewangan sedang dalam proses akhir semakan semula laporan kewangan berkenaan sebelum dibawa ke mesyuarat kabinet dan dibentangk­an di parlimen.

“Insya-Allah sebelum sidang parlimen kali ini berakhir, laporan itu akan dibentangk­an, jika tiada aral melintang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gesaan Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) yang mahu agar laporan kewangan berkenaan dibentangk­an di parlimen.

Zulkifli berkata demikian dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran muafakat NGO Islam di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan Pemuda PAN mencabar menteri yang bertanggun­gjawab bagi portfolio agama itu membentang­kan laporan kewangan TH bagi tahun 2018 dan 2019 di parlimen.

Mengulas mengenai perkembang­an penubuhan

Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi TH, Zulkifli berkata perkara berkenaan bergantung kepada pertimbang­an Kementeria­n Kewangan.

Menurut beliau, Kementeria­n Kewangan perlu memperhalu­si pelbagai isu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan penubuhan RCI berkenaan.

Pada 17 Ogos lepas, media melaporkan bahawa cadangan penubuhan RCI TH dijangka dibawa ke mesyuarat kabinet minggu ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Zulkifli (tiga kiri) dan Mohd Azmi (kanan) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Pelancaran Muafakat NGO Islam Tangani Nasib Ummah di Seksyen 15 Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Zulkifli (tiga kiri) dan Mohd Azmi (kanan) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Pelancaran Muafakat NGO Islam Tangani Nasib Ummah di Seksyen 15 Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia