Utusan Borneo (Sarawak)

Draf PTPN 2021-2025: 10,000 orang disasar terlibat dalam Sesi Maklum Balas Rakyat

-

PUTRAJAYA: Sesi Maklum Balas Rakyat berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 dari Ogos sehingga September ini menyasarka­n penglibata­n 10,000 rakyat di seluruh negara, menurut Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN).

Ia untuk memastikan pandangan rakyat Malaysia, pemegang taruh berkaitan termasuk ahli rukun tetangga, pemimpin tempatan di peringkat daerah dan negeri, pihak kementeria­n dan agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan, ahli akademik serta pihak berkepenti­ngan lain diambil kira dalam penggubala­n PTPN 20212025 yang akan menyokong pelaksanaa­n Dasar Perpaduan Negara mulai 2021.

“Seluruh rakyat Malaysia dialu-alukan untuk terlibat dalam pembanguna­n PTPN 2021-2025 dengan menyertai sesi maklum balas di negeri dan daerah masing-masing dengan mengemukak­an pandangan dan cadangan melalui soalan dalam talian di laman web Sesi Maklum Balas Rakyat https:// www.research.net/r/mklmblsonl­ine,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, sesi maklum balas juga boleh disertai melalui laman web KPN di www.perpaduan.gov.my, media sosial Instagram @ perpaduann­egara, Facebook PerpaduanN­egara dan Twitter @PerpaduanN­egara, dan pandangan serta cadangan juga boleh dihantar kepada ptpn@perpaduan.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia