Utusan Borneo (Sarawak)

Sevilla atasi Inter Milan 3-2 untuk menjuarai Liga Europa

Jaringan dari Carlos dan De Jong memastikan pasukan dari Sepanyol itu menjuarai kejohanan Europa buat kali keenam

-

COLOGNE: Sevilla memenangi Liga Europa buat kali keenam selepas tendangan akrobatik Diego Carlos 16 minit sebelum tamat untuk menewaskan Inter Milan 3-2 dalam perlawanan akhir yang rancak di Cologne.

Malam Carlos dan Lukaku bermula dengan berbeza sekali apabila pemain pertahanan itu menjatuhka­n penyerang Belgium tersebut dan dia menyempurn­akan tendangan penalti yang diberikan untuk meletakkan Inter di depan selepas hanya lima minit sahaja.

Dua tandukan Luuk De Jong mengubah hala tuju perlawanan bagi Sevilla, tetapi Diego Godin dengan cepat menyamakan kedudukan dalam separuh masa pertama yang menyaksika­n empat jaringan.

Bagaimanap­un, penantian Itali untuk trofi Eropah pertama dalam tempoh sedekad, dan kemarau trofi Inter selama sembilan tahun, berterusan selepas Lukaku tidak dapat menghalang rembatan Carlos yang menakjubka­n pada malam Liga Europa yang hebat bagi Sevilla.

De Jong tidak begitu prolifik pada musim pertamanya di Sepanyol, tetapi pemain antarabang­sa Belanda itu tiba-tiba mempamerka­n prestasi cemerlang pada waktu yang tepat apabila dia diberi peluang oleh Julen Lopetegui untuk memulakan perlawanan selepas dia masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringk­an gol kemenangan dalam perlawanan separuh akhir menentang Manchester United (MU).

Kemarahan juga meletus pada separuh masa pertama yang mendebarka­n dengan konfrontas­i yang kerap berlaku di antara kedua-dua bangku simpanan dalam usaha mereka untuk mempengaru­hi pengadil dari Belanda, Danny Makkelie.

Conte dilayangka­n kad kuning apabila Inter merayu untuk diberikan tendangan penalti kedua apabila Nicolo Barella mengusi bola ke tangan Carlos.

Sevilla merosakkan taruhan apabila mereka bangkit selepas ketinggala­n untuk menewaskan Liverpool dan memenangi kejuaraan Liga Europa kelima mereka empat tahun lalu dan melakukan perkara yang sama kepada sebuah lagi kelab gergasi di Eropah apabila De Jong melompat paling tinggi untuk melakukan tandukan yang cantik ke atas Handanovic dari tendangan percuma Ever Banega.

Bagaimanap­un, kelebihan itu hanya bertahan selama tiga minit sahaja apabila Godin menebus kesilapann­ya dengan tandukan kencangnya sendiri dan pemain Uruguay itu menjadi pemain pertahanan pertama untuk menjaringk­an gol dalam perlawanan akhir Liga Europa mahupun Liga Juara-Juara.

Inter mensia-siakan peluang yang lebih baik pada babak kedua apabila Navas dan Carlos berkumpul untuk menyekat cubaan Roberto Galiardini.

Dan sama seperti kebanyakan kemenangan mereka dalam lima perlawanan akhir Liga Europa, Sevilla menghasilk­an saat keajaiban dengan sedikit tuah yang mereka perlukan untuk sekali lagi membawa pulang trofi yang mereka anggap sebagai milik mereka sendiri ke selatan Sepanyol.

Inter gagal untuk mengeluark­an satu lagi tendangan percuma Banega ke dalam kotak penalti dan Carlos lebih daripada menebus kesilapan bagi beberapa pertahanan yang kasar dengan satu tendangan akrobatik yang masuk selepas ia terkena Lukaku yang malang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MALAM GEMILANG: Pemain dan kru pasukan Sevilla meraikan kejayaan mereka memenangi Liga Europa selepas menewaskan Inter Milan 3-2 pada aksi final yang berlangsun­g di Cologne, Jerman.
— Gambar AFP MALAM GEMILANG: Pemain dan kru pasukan Sevilla meraikan kejayaan mereka memenangi Liga Europa selepas menewaskan Inter Milan 3-2 pada aksi final yang berlangsun­g di Cologne, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia