Utusan Borneo (Sarawak)

Larsson, Schreuder akan menyertai kakitangan kejurulati­han Barcelona

-

MADRID: Bekas bintang Sweden Henrik Larsson dan bekas pengurus Hoffenheim, Alfred Schreuder akan menyertai kakitangan jurulatih baharu Ronald Koeman di Barcelona, kelab itu mengumumka­n kelmarin.

Larsson dan Schreuder menandatan­gani perjanjian selama dua tahun. Koeman dilantik pada awal minggu ini untuk menggantik­an tempat Quique Setien, yang dipecat selepas Barca kalah 8-2 kepada Bayern Munich pada peringkat suku akhir Liga JuaraJuara.

Larsson, 48 tahun, menghabisk­an dua musim di Camp Nou sebagai pemain dari 200406, menjaringk­an 22 gol dalam 62 perlawanan dan memenangi Liga Juara-Juara dan dua kejuaraan La Liga.

Warga Sweden itu juga pernah bermain bersama Koeman selama dua tahun di Feyenoord antara 1995 hingga 1997.

Sejak dia bersara pada 2009, Larsson telah membimbing Landskrona, Falkenberg dan Helsingbor­g di tanahairny­a.

Schreuder, 47, meninggalk­an Hoffenheim pada Jun lalu kerana perbezaan pendapat tentang hala tuju kelab.

Warga Belanda itu, yang pernah menjadi penolong pengurus, menyertai semula kelab Bundesliga itu pada tahun lepas dari Ajax untuk mengambil alih tempat Julian Nagelsmann yang menyertai RB Leipzig.

Schreuder juga pernah memikul tanggungja­wab di Twente pada 2014-15. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RASMI: Koeman memberikan ‘pose’ semasa sesi pengenalan sebagai jurulatih Barcelona yang baharu di Stadium Camp Nou.
— Gambar AFP RASMI: Koeman memberikan ‘pose’ semasa sesi pengenalan sebagai jurulatih Barcelona yang baharu di Stadium Camp Nou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia