Utusan Borneo (Sarawak)

Pelari menara nombor satu Asia sasar rekod dunia

-

KUALA LUMPUR: Jika berlari sambil mendaki anak tangga dalam masa satu jam suatu yang sukar, bagaimana pula berlari mendaki tangga setinggi 1.3 kilometer dalam masa sejam?

Itulah yang ingin dicapai pelari Malaysia Soh Wai Ching, 26, pelari menara nombor satu Asia dan nombor dua dunia, pada 18 Nov ini untuk menempa namanya dalam Guinness World Records (GWR).

(Menurut laman web GWR, Hari GWR - akan berlangsun­g pada tarikh tersebut tahun ini - bakal menyaksika­n ribuan orang di seluruh dunia bersama-sama dengan satu tujuan untuk memegang gelaran.)

Rekod semasa bagi pendakian tangga dipegang oleh pelari Sepanyol David Robles Tapia, yang berlari sambil mendaki tangga setinggi 1.227 km di Zaragoza, Sepanyol, pada 20 Jan 2019.

Presiden Pengasas Persatuan Larian Menara Malaysia itu kini membuat persiapan untuk misi mendaki anak tangga bangunan 40 tingkat kira-kira 10 kali dalam satu jam, termasuk masa di dalam lif untuk turun kembali ke tingkat bawah.

"Saya telah mengemukak­an permohonan saya kepada GWR, dengan harapan mendapat balasan positif, yang akan mengambil masa kirakira 10-12 minggu.

“Sasaran saya ialah untuk membanggak­an Malaysia dan dikenali di seluruh dunia, yang juga akan mempromosi­kan sukan ini selain memberi inspirasi kepada lebih ramai belia serta ahli sukan lelaki dan wanita semasa pandemik COVID-19 yang mencabar ini,” katanya.

Soh berkata beliau berharap dapat mencuba usaha berkenaan di bangunan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas atau Four Seasons

Hotel di sebelahnya.

“Lif mestilah laju dan tidak jauh dari tangga. Berdasarka­n pengiraan, saya perlu menaiki bangunan 40 tingkat dalam masa 4 minit 48 saat, lif yang turun mungkin memakan masa sekitar satu minit.

“Jadi secara tidak langsung saya mempunyai masa 10 saat untuk berjalan ke lif, dari lif atau mengambil minuman dan meneruskan larian,” katanya kepada Bernama.

Selain GWR, Soh juga berharap dapat mengatasi Piotr Lobodzinsk­i untuk kedudukan nombor satu dunia, yang mendahului­nya dengan 964 mata setelah ketinggala­n 10 mata.

Bekas pelari jarak jauh itu pernah mengecewak­an Piotr buat pertama kalinya di Vertical Run Almas Tower di Dubai, Februari lepas dengan menaiki menara 70 tingkat (1,450 anak tangga/ 245meter) dalam tujuh minit 59 saat.

"Saya sangat berharap 2020 Eiffel Tower Vertical Run akan diadakan seperti yang dijadualka­n pada 30 Sept dan saya dapat ke Paris untuk mengambil bahagian.

"Saya bertambah baik dan semakin kuat, jadi saya yakin dapat merebut tempat nombor satu dengan mengalahka­n Piotr sekali lagi, walaupun dia juara lima kali di sana.

“Sebagai latihan, saya berlari kira-kira 800 hingga 1,000 tingkat seminggu dan dengan acara semakin hampir, saya menambah berat 7-8 kg untuk membina kekuatan saya,” katanya.

Lulusan Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya (UM) itu berkata walaupun ketika kawasan kediamanny­a di Selayang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan, beliau meneruskan latihan naik turun kerusi sebanyak 3,000 kali sehari. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? YAKIN: Soh, pelari menara nombor satu Asia ingin menempa namanya dalam Guinness World Records, 18 Nov ini.
— Gambar Bernama YAKIN: Soh, pelari menara nombor satu Asia ingin menempa namanya dalam Guinness World Records, 18 Nov ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia