Utusan Borneo (Sarawak)

'FAS Soccer Schools' dapat iktirafan FAM

-

KUALA LUMPUR: Program pembanguna­n bola sepak akar umbi kendalian Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Soccer Schools mendapat pengiktira­fan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Piagam SupaRimau berstatus emas.

Menurut kenyataan FAS hari ini, pengiktira­fan berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung FAS Dr Johan Kamal Hamidon dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Latihan FAS barubaru ini.

Menurut FAS, usaha FAM melancarka­n program Piagam SupaRimau bagi menaikkan martabat dan pemerkasaa­n akademi bola sepak akar umbi di seluruh negara selayaknya diberi pujian kerana ia bukan sahaja meletakkan penanda aras baharu kepada program pembanguna­n sedia ada, malah mewujudkan satu ekosistem bola sepak lebih sistematik dan dinamik.

“Kewujudan piagam ini juga bakal mempromosi­kan lebih banyak akademi bola sepak akar umbi, membawa ke tahap lebih tinggi dan sistematik, seterusnya membawa banyak manfaat kepada komuniti bola sepak secara umumnya.

“Akademi bola sepak yang wujud di seluruh negeri Selangor juga menunjukka­n minat dan memberikan respon yang positif untuk turut terlibat dalam program ini dan dijangka lebih banyak penerima piagam akan muncul di negeri ini,” menurut kenyataan FAS.

Program FAS Soccer Schools adalah program akar umbi yang menitikber­atkan pengenalan kepada pembanguna­n bola sepak bermula dari kanak-kanak sekolah rendah berusia tujuh hingga 12 tahun di seluruh Selangor.

Ia juga adalah program jangka panjang untuk melahirkan individu holistik melalui perkembang­an fizikal, mental dan pembanguna­n sosial melalui pendekatan bola sepak.

“FAS berterima kasih kepada FAM di atas pengiktira­fan ini yang juga pengukuhan kepada program pembanguna­n bola sepak akar umbi. Piagam ini juga bakal menjadi garis panduan dan kayu ukur untuk programpro­gram pembanguna­n bola sepak akar umbi di seluruh negara, khususnya di negeri Selangor,” menurut FAS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia