Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Aksi Franco, Quartararo meningkat

-

KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo masing-masing menduduki tangga kesembilan dan ke-14 keseluruha­n selepas menamatkan sesi latihan bebas (FP) Grand Prix Styria di Litar Red Bull Ring, Austria.

Pada sesi latihan bebas pertama (FP1), Morbidelli yang terlibat dalam insiden pada perlumbaan minggu lepas mencatat masa 1 minit 24.198 saat untuk menduduki tempat keenam, namun gagal bermula dengan baik pada awal sesi latihan kedua (FP2) sebelum kembali menemui rentak dan merekodkan masa 1:24.187s untuk menduduki tangga ketujuh.

“Gembira dapat kembali berlumba hari ini (semalam). Pada FP1 saya cuba faham mengenai keadaan fizikal. Saya agak terkejut dengan apa yang dirasai. Saya berasa bagus di atas motosikal dan tiada perkara besar timbul.

“Saya bernasib baik dalam beberapa aspek kerana ia bukan trek yang sukar, itu sangat membantu. Secara keseluruha­n, ia adalah hari yang baik.

“Kami telah mencuba tayar sederhana, menyedari hujung minggu ini mungkin berlaku kurang cengkaman dan cuba adaptasi dengan situasi itu,” katanya, semalam.

Sementara itu, Quartararo yang banyak kehilangan masa kerana terkeluar dari trek, menamatkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik dengan 1:24.381s pada FP1.

“Kami sedikit bergelut dengan keadaan brek pada sesi pagi, tapi sesi tengah hari sudah menemui penyelesai­an. Masalah ketika FP2 pula pada ketetapan jentera kerana tidak pasti keadaan tayar.

“Kami perlu melihat perkara ini. Kami melihat kepada kelajuan pada FP2 tapi ia bukan keputusan yang dikehendak­i. Saya tidak begitu gembira namun kami masih ada FP3 dan FP4 untuk memperbaik­i perkara yang perlu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? MEMBERANGS­ANG: Aksi pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Quartararo (kiri) dan Morbidelli (kanan) ketika sesi latihan menjelang Moto GP Styrian di Litar Red Bull Ring di Austria.
— Gambar AFP MEMBERANGS­ANG: Aksi pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Quartararo (kiri) dan Morbidelli (kanan) ketika sesi latihan menjelang Moto GP Styrian di Litar Red Bull Ring di Austria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia