Utusan Borneo (Sarawak)

RANAP ANGKARA KHIANAT

Sebuah inap desa musnah terbakar di Kampung Daun, Singai Bau awal pagi kelmarin.

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sebuah inap desa di Kampung Daun, Singai, Bau musnah dalam insiden kebakaran awal pagi kelmarin dipercayai berpunca daripada unsur khianat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.50 petang sebelum menggerakk­an pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi.

"Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran telah melibatkan inap desa berstruktu­r separuh kekal telah musnah 100 peratus dipercayai berpunca daripada unsur khianat," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, menurut pemilik inap desa tersebut, tempat penginapan itu dipercayai baharu sahaja siap dan belum dibuka kepada pelanggan.

Jelasnya lagi, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa.

Sehubungan itu, bomba hanya melakukan pemantauan di tempat kejadian dan mengumpul maklumat saksi kejadian untuk tujuan siasatan.

Pasukan Penyiasata­n Zon Kuching telah dihubungi untuk menjalanka­n siasatan selanjutny­a.

Operasi ditamatkan jam 4.38 petang.

Dalam insiden berasingan, sebuah rumah kosong dua tingkat tidak berpenghun­i musnah dalam kejadian kebakaran di Batu 9, Jalan Penrissen di sini, awal pagi semalam.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 3.02 pagi sebelum mengerahka­n anggota dari BBP Siburan dan BBP Batu Lintang ke lokasi.

"Ketika pasukan bomba tiba mendapati sebuah rumah separuh kekal diperbuat daripada struktur kayu telah musnah 100 peratus dijilat api," katanya.

Jelasnya, hasil siasatan awal dan maklumat diterima daripada penduduk mendapati rumah terbabit tidak berpenghun­i dan kosong.

Pasukan bomba mengambil masa 12 minit mengawal kebakaran tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan.

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan inap desa terbabit selepas terbakar.
MUSNAH: Keadaan inap desa terbabit selepas terbakar.
 ??  ?? TERBAKAR: Rumah kosong di Batu 9, Jalan Penrissen musnah dalam kebakaran.
TERBAKAR: Rumah kosong di Batu 9, Jalan Penrissen musnah dalam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia