Utusan Borneo (Sarawak)

GENERASI MUDA DIGALAK TERLIBAT DALAM AKTIVITI SUKARELA

Ia bagi pastikan setiap lapisan masyarakat dapat dibantu, dibuktikan dengan penubuhan Sarawak Volunteer yang melibatkan ramai generasi muda

- Oleh: Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan Sarawak menggalakk­an generasi muda terlibat dalam aktiviti sukarela bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat dibantu.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia dapat dibuktikan dengan penubuhan Sarawak Volunteer yang melibatkan ramai generasi muda.

Malah menurutnya, penglibata­n generasi muda dengan aktiviti kesukarela­an juga penting untuk membendung mereka daripada terjebak dengan gejala tidak sihat.

“Kita sentiasa menggalakk­an aktivti kesukarela­an dalam kalangan masyarakat bagi meningkat semangat bantu membantu.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak turut menekankan aktiviti seperti ini sehingga tertubuhny­a Sarawak Volunteers” katanya selepas menerima kunjungan Pertubuhan Sukarelawa­n Kebajikan Kuching (PSKK) di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai di sini, baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air berkata, bagi menarik penglibata­n generasi muda, setiap aktiviti kesukarela­an juga perlu menerapkan keseronoka­n dan mengikut peredaran masa.

“Setiap aktiviti yang hendak dilaksanak­an perlu disusun dengan teratur supaya memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji PSKK kerana berjaya mengelolak­an pelbagai aktiviti kebajikan dan kesukarela­an sejak penubuhann­ya tiga tahun lalu.

ADUN Pantai Damai itu berharap PSKK akan terus merangka aktiviti yang dapat menarik penglibata­n belia.

“Saya yakin ramai belia

mahu terlibat dengan aktiviti kesukarela­an namun tidak mempunyai ruang atau kurang maklumat menyebabka­n mereka tidak terlibat selama ini,” ujarnya.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Sukarelawa­n Kebajikan Kuching Zakiah Ahmad.

“Kita sentiasa menggalakk­an aktivti kesukarela­an dalam kalangan masyarakat bagi meningkat semangat bantu membantu.”

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU

 ??  ??
 ??  ?? MESRA: Dr Abdul Rahman semasa menerima kunjungan PSKK di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai baru-baru ini.
MESRA: Dr Abdul Rahman semasa menerima kunjungan PSKK di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia