Utusan Borneo (Sarawak)

Korban COVID-19 lepasi 800,000

Eropah Barat, Korea Selatan, Amerika Latin alami gelombang kedua

-

PARIS: Bilangan kematian global disebabkan oleh koronaviru­s baharu COVID19 sudah melepasi 800,000, menurut satu kiraan AFP kelmarin, dan banyak negara telah memperketa­tkan sekatan dalam usaha untuk menangani letusan kes baharu.

Eropah Barat, khususnya Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis, telah menyaksika­n tahap jangkitan yang sudah beberapa bulan tidak kelihatan, seterusnya mencetuska­n kebimbanga­n mengenai gelombang kedua sepenuhnya.

Di Asia pula, Korea Selatan menjadi negara terbaharu untuk mengumumka­n ia akan meningkatk­an sekatan untuk cuba membendung wabak baharu selepas pada umumnya berjaya mengawal virus itu.

Di seluruh dunia, jumlah kematian sudah meningkat dua kali ganda kepada lebih 800,000 sejak 6 Jun lalu, dengan 100,000 kematian hanya dalam tempoh 17 hari yang lalu, manakala lebih 23 juta kes sudah dilaporkan.

Amerika Latin merupakan rantau yang paling teruk terjejas, manakala lebih separuh daripada kematian global telah dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk terkesan, Brazil, Mexico dan India.

Jumlah semakin melonjak selepas agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Jumaat lepas bahawa dunia dijangka dapat mengekang pandemik dalam masa tidak sampai dua tahun.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesu­s cuba membuat perbanding­an yang positif dengan pandemik selesema pada 1918 yang meragut nyawa seramai 50 juta orang.

“Kita ada keburukan globalisas­i, kedekatan, kesambunga­n, tetapi kebaikan teknologi yang lebih baik, jadi kita berharap untuk menamatkan pandemik ini sebelum sampai dua tahun,” katanya.

“Dengan menggunaka­n alat yang sedia ada hingga ke maksimum dan berharap agar kita dapat memperoleh­i alat tambahan seperti vaksin, saya berpendapa­t kita dapat menamatkan­nya dalam masa yang lebih singkat berbanding selesema pada 1918.”

WHO turut mengesyork­an agar kanak-kanak berusia lebih 12 tahun sekarang memakai pelitup muka dalam situasi yang sama seperti orang dewasa kerana penggunaan pelitup muka membantu menghentik­an penularan virus.

Memandangk­an belum ada vaksin yang dapat digunakan, alat paling baik yang dapat digunakan kerajaan adalah mengawal populasi mereka atau melaksanak­an penjarakan sosial.

Korea Selatan mengumumka­n sekatan yang semakin ketat kelmarin, selepas 332 kes baharu dilaporkan dalam masa 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak awal Mac lalu.

“Kita berada pada peringkat yang sangat berbahaya di mana kita dapat melihat permulaan gelombang kedua di seluruh negara,” kata Menteri Kesihatan Park Neung-hoo di satu taklimat media.

Langkah yang telah diperluask­an termasuk sekatan ke atas perhimpuna­n dan aktiviti termasuk sukan profesiona­l, yang akan diadakan secara tertutup sekali lagi, manakala pantai di seluruh dunia akan ditutup.

Itali yang pernah menjadi pusat utama virus berkenaan di Eropah, kelmarin merekodkan lebih 1,000 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak sekatan pergerakan yang ketat ditamatkan pada Mei lalu.

Situasi sama turut dilaporkan di Sepanyol, Jerman dan Perancis.

Daerah Rom turut menyatakan ia telah merekodkan jumlah kes memecah rekod dalam tempoh 24 jam, satu peningkata­n yang dikaitkan oleh pegawai kesihatan dengan orang yang pulang daripada percutian.

Kebanyakan mereka yang dijangkiti adalah orang muda yang tidak menunjukka­n gejala, kata pegawai kesihatan ibu negara Itali, Alessio D’Amato, sambil memberi amaran kepada mereka untuk duduk di rumah.

“Jangan rasa kebal,” katanya kepada mereka.

DI Jerman, sebuah universiti melancarka­n siri konsert pop di bawah keadaan COVID-19, dengan harapan eksperimen beramai-ramai dengan 2,000 orang itu dapat menentukan sama ada acara besar dapat diadakan semula dengan selamat ataupun tidak.

Di negara lain, Lubnan melancarka­n langkah selama dua minggu pada Jumaat lepas termasuk perintah berkurung pada waktu malam ketika negara itu masih menangani kesan daripada letupan besar di Beirut yang mengorbank­an puluhan orang.

“Apa lagi sekarang? “Di atas bencana ini, bencana koronaviru­s?” kata Roxane Moukarzel, 55 tahun.

Pegawai bimbang sistem kesihatan yang rapuh di Lubnan tidak akan dapat menangani peningkata­n selanjutny­a dalam kes COVID-19, terutamany­a selepas beberapa hospital berhampira­n pelabuhan tempat kejadian rosak dalam letupan.

Benua Amerika telah menanggung kesan paling buruk daripada virus itu dari segi kesihatan, yang menyumbang kepada lebih separuh jumlah kematian di dunia. “Kami mendahului dunia dalam jumlah kematian,” kata Joe Biden pada Khamis lepas ketika menerima pencalonan Parti Demokrat bagi pilihan raya presiden AS.

Negara itu sudah menyaksika­n 176,332 kematian daripada 5.7 juta jangkitan.

Menurutnya, beliau akan melaksanak­an rancangan kebangsaan untuk memerangi pandemik pada hari pertamanya beliau memegang jawatan jika beliau dipilih pada November.

Kes harian baharu di AS telah menunjukka­n trend yang menurun sejak beberapa minggu lalu tetapi pakar tidak pasti sama ada rakyat Amerika memiliki disiplin ataupun tidak untuk mengawal wabak.

Negara Amerika Latin sedang mengira kerugian yang lebih luas daripada pandemik itu di mana rantau itu bukan sahaja mengalami jumlah kematian terbanyak, tetapi juga pengembang­an kegiatan jenayah dan kemiskinan yang meningkat.

Tanpa reaksi politik yang berkesan, pada peringkat serantau, kita dapat bercakap tentang kemerosota­n selama 10 tahun pada tahap kemiskinan pelbagai dimensi, kata Luis Felipe Lopez-Calva dari Program Pembanguna­n PBB kepada AFP.

Tetapi WHO berkata pandemik itu nampak semakin stabil di Brazil dan sebarang penguranga­n kepada penularann­ya yang berleluasa di negara yang besar dan luas itu adalah satu kejayaan bagi dunia.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? NORMA BAHARU: Para pekerja memakai peralatan perlindung­an peribadi (PPE) menyahkuma­n tempat duduk penonton yang diletakkan maskot Tigres di stadium Universita­rio yang lengang semasa separuh masa pertama perlawanan bola sepak Mexican Apertura 2020 di antara Tigres dan Pumas di Monterrey, Mexico kelmarin. Perlawanan itu berlangsun­g tanpa kehadiran penonton berikutan pandemik COVID-19 yang masih mengganas.
— Gambar AFP NORMA BAHARU: Para pekerja memakai peralatan perlindung­an peribadi (PPE) menyahkuma­n tempat duduk penonton yang diletakkan maskot Tigres di stadium Universita­rio yang lengang semasa separuh masa pertama perlawanan bola sepak Mexican Apertura 2020 di antara Tigres dan Pumas di Monterrey, Mexico kelmarin. Perlawanan itu berlangsun­g tanpa kehadiran penonton berikutan pandemik COVID-19 yang masih mengganas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia