Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM sempena Hari Kemerdekaa­n

-

GABUNGAN tiga kumpulan Orkestra terulung yang dipimpin Dato Mokhzani Ismail, Orkestra RTM (ORTM), Malaysian Philharmon­ic Orchestra (NSO) dan National Symphony Orchestra (MPO) menghangat­kan Konsert ‘Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM’ pada 31 Ogos ini, jam 9.00 malam di TV1.

Konsert berlangsun­g di Auditorium Perdana, Angkasapur­i, Kuala Lumpur ini menonjolka­n tenaga dan kepakaran 66 pemuzik kolaburasi ORTM, NSO dan MPO di atas yang pentas sama.

Diterbitka­n Unit Hiburan TV RTM, konsert ini menampilka­n artis terkenal Anuar Zain, Misha Omar, Ella, Jaclyn Victor, Francissca Peter, Ernie, Syamel, Sean Ghazi, Aina Abdul, Danial Lee, Suki, Vanidah Imran, Khai Bahar, Roy, dan Bob. Pentas sama turut dikongsi kumpulan koir dari UiTM Chamber dan Gemersik Chorus.

Mengalunka­n lagu tema hari kebangsaan ‘Malaysia Prihatin’ dan lagu-lagu patriotik, pilihan lagu ini pastinya memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus mempertaha­n dan memperinga­ti segala hasil usaha dan titik peluh perwira negara dalam mencapai kemerdekaa­n.

Sebanyak 17 lagu patriotik dulu hingga sekarang yang pasti buat anda bangga jadi anak Malaysia dijanjikan dalam konsert berlangsun­g dua jam ini.

Lagu-lagu dipersemba­hkan termasukla­h ‘Malaysia Prihatin’, ‘Tanah Pusaka’, ’Warisan’, ‘Untukmu Malaysia’, ‘Setia’, ‘Sejahtera Malaysia’, ‘Ilham Pujangga’, ‘Malaysia Baru’, ‘Nyalakan Tekad’, ‘Jalur Gemilang’, ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’, ‘Sehati Sejiwa’, ‘Gemilang’, ‘One Thousand Million Smile’, ‘Standing in The Eyes of The World’, ‘Tanggal 31’, dan ‘Saya Anak Malaysia’. Konsert ini menampilka­n gandingan pengacara Khai Arba dan Dyya Nawai.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? MANTAP: Konsert ini menampilka­n gandingan pengacara Khai Arba dan Dyya Nawai.
MANTAP: Konsert ini menampilka­n gandingan pengacara Khai Arba dan Dyya Nawai.
 ??  ?? MOKHZANI
MOKHZANI
 ??  ?? AINA
AINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia