Utusan Borneo (Sarawak)

KEMENTERIA­N KESIHATAN SARAN MKN LANJUTKAN TEMPOH PKPP

-

KULAI: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk melanjutka­n tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang dijadualka­n berakhir pada 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, saranan tersebut berikutan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan wabak COVID -19 akan berlarutan dalam tempoh tidak kurang daripada dua tahun.

Beliau berkata, dua tahun merupakan tempoh yang lama dan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 termasuk melancarka­n kempen pembudayaa­n norma baharu.

“Untuk PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos, pihak KKM telah membuat saranan kepada pihak MKN dan juga Perdana Menteri, supaya ia dipertimba­ngkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang kepada Perdana Menteri untuk umumkannya dalam masa terdekat.

“Kita lihat negara tertentu masih bergelut dengan kes yang meningkat manakala di negara kita, kita masih memperkuku­hkan dan mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program PERKESO Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya Felda Bukit Besar semalam

Turut hadir Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah PERKESO Johor Tong Sing Chuan.

Dr Adham berkata, KKM akan terus melaksanak­an kaedah Pengesanan Secara Aktif menerusi Aplikasi MySejahter­a dan buku rekod pelanggan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kluster COVID-19.

Mengulas mengenai denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali beliau berkata, ia bergantung kepada keputusan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa.

“Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaik­an. Datuk DG (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dah komen dalam Twitter.

“Kita (KKM) tengok pelbagai ‘angle’ (sudut). Untuk kompaun maksimum RM1,000 (di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), kalau ada (pihak berkuasa) nak dakwa lain itu terpulang,” katanya.

 ??  ?? DR ADHAM
DR ADHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia