Utusan Borneo (Sarawak)

MOCSAR Mulu tinjau tahap keselamata­n laluan mendaki

Tahap keselamata­n sepanjang laluan dari Kem 5 ke puncak Gunung Api diperiksa selama tiga hari

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

“Hari pertama pada 20 Ogos dimulakan dengan perjalanan menggunaka­n perahu dari ibu pejabat taman negara ke Kuala Litut.

Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong

Ketua JBPM Zon 6 Miri

MIRI: Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) Mulu menjalanka­n tinjauan dan pemeriksaa­n tahap keselamata­n laluan mendaki di sepanjang laluan dari Kem 5 ke puncak Gunung Api (Pinnacle) selama tiga hari bermula Khamis hingga kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, seramai tiga anggota MOSCAR Mulu iaitu Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Kenneth Nilong, PBB Layang Berasap dan PBB Jimmy Jarau terlibat dalam tugasan berkenaan.

“Hari pertama pada 20 Ogos dimulakan dengan perjalanan menggunaka­n perahu dari ibu pejabat taman negara ke Kuala Litut.

“Perjalanan dari Kuala Litut ke Kem 5 sejauh 5.9 kilometer, perjalanan tidak dapat diteruskan kerana hari semakin gelap maka pasukan bomba berehat di Kem 5,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Law berkata, tugasan hari kedua pada 21 Ogos dimulakan dengan pendakian ke Gunung Api (Pinnacle) yang jarak perjalanan­nya 2.4 kilometer bermula jam 6 pagi.

“Pemeriksaa­n keadaan keseluruha­n tali dan skru pada tangga sedia ada dari tangga pertama sehingga ke puncak Gunung Api (Pinnacle) telah dilakukan.

“Hasil tinjauan di kawasan Gunung Api (Pinnacle) mendapati terdapat tali di beberapa tempat kurang selamat untuk digunakan dan perlu ditukar dengan segera.

“Setelah pemeriksaa­n menyeluruh dijalankan dan tahap keselamata­n laluan telah dilaksanak­an PBB MOCSAR Mulu berpatah balik ke Kem 5,” ujarnya.

Sementara itu, Law berkata pada hari ketiga kelmarin pasukan berkenaan menjalanka­n pemeriksaa­n pada pili bomba dan kelengkapa­n kebombaan di Kem 5.

Dalam pada itu, Law mengucapka­n tahniah kepada MOCSAR Mulu yang menjalanka­n tugasan pertama mereka dengan jayanya sebagai anggota PBB.

 ??  ?? PERINCI: PBB MOCSAR Mulu melakukan pemeriksaa­n pada tangga yang digunakan untuk mendaki bagi memastikan­nya selamat digunakan.
PERINCI: PBB MOCSAR Mulu melakukan pemeriksaa­n pada tangga yang digunakan untuk mendaki bagi memastikan­nya selamat digunakan.
 ??  ?? TELITI: PBB MOCSAR Mulu melakukan pemeriksaa­n keselamata­n pada tali yang digunakan untuk mendaki.
TELITI: PBB MOCSAR Mulu melakukan pemeriksaa­n keselamata­n pada tali yang digunakan untuk mendaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia