Utusan Borneo (Sarawak)

Allan pertimbang buat laporan polis berhubung satu kenyataan ditular

-

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong mempertimb­ang membuat laporan polis berhubung satu kenyataan ditular di laman sosial bahawa beliau akan memberi laluan kepada ayahnya, Dato Sri Gramong Juna bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

“Saya berbincang dengan pihak parti terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan selanjutny­a. Ini termasuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi lantas menjawab kenyataan tular itu adalah tidak benar.

Beliau berkata kenyataan tular itu adalah tidak benar dan fitnah semata-matanya.

Menurutnya, beliau mempertimb­ang mengambil tindakan selepas pulang ke bandar kerana menghadiri satu majlis di Kapit.

“Apa yang muncul dalam laporan itu semua palsu,” katanya sambil bertanya, siapa bertanggun­gjawab di sebalik kenyataan itu.

Gramong memenangi kerusi tersebut dari 1978 hingga bersara pada 2016 dalam tempoh 42 tahun.

Pada gambar berserta kenyataan tular itu, sebenarnya Gramong menyerahka­n beg kepada Allan untuk bertanding pada PRN 2016 lalu.

Allan menang dengan majoriti 2,952 undi dalam pertarunga­n tiga penjuru pada pilihan raya lalu.

Beliau mengalahka­n George Chen (PKR) dan Semawi Paong (Bebas).

Laporan muncul di laman Facebook DUN 50 Machan pada 21 Ogos, mengatakan menurut sumber boleh dipercayai, Allan menyerahka­n beg itu kepada Gramong.

Ini membuka jalan bagi Gramong dikhabarka­n kembali semula ke kancah politik dengan bertanding di kerusi Machan pada PRN12.

Laporan itu mengatakan

PBB memutuskan melakukan perubahan kerana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak mahu kehilangan kerusi berikutan pertarunga­n sengit PRN12.

“Agar PBB terus berkuasa, Dato Sri Gramong Juna dicalonkan semula bagi menggantik­an anaknya, Allan untuk mempertaha­nkan kerusi itu,” katanya.

Laporan itu juga mempersoal­kan apakah terdapat kekurangan calon yang dapat dipercayai benar-benar menjaga konstituen­si dan mengapa kerusi itu harus tetap dimiliki Gramong sekeluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia