Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan kapal induk disyaki bekalkan minyak kepada nelayan asing

-

CHUKAI: Agensi Penguatkua­saanMariti­mMalaysia(APMM) Terengganu­menahantig­akapal tangki minyak dipercayai menjadi ‘feeder’ kepada bot-bot nelayan asing Vietnam di Laut China Selatan, bersama rampasan keseluruha­n dianggarka­n bernilai RM7.5 juta.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemua kapal berkenaan ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Langkawi yang berpangkal­an di Maritim Negeri Pahang pada jarak 124 hingga 130 batu nautika dari Kuala Kemaman, Khamis lepas ketika melaksanak­an Op Kuda Laut.

Katanya, turut ditahan 33 kru warga asing termasuk tekong berumur 19 hingga 56 tahun dan lapan daripada mereka merupakan warga Thailand manakala selebihnya warga Kemboja.

“APMM sebelum ini menerima maklumat terdapat kapal-kapal yang melalui perairan Terengganu bertindak sebagai kapal induk yang membekalka­n minyak kepada bot-bot nelayan asing Vietnam yang menjalanka­n aktiviti menangkap ikan secara haram dalam Zon Perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, kapal pertama didaftarka­n di Thailand dan dikendalik­an 15 kru warga Thailand dan Kemboja.

Tambahnya, kapal kedua pula yang berdaftar di Mongolia dikendalik­an oleh sembilan kru warga Thailand dan Kemboja sertamemba­wadieseldi­anggarkan berjumlah 500,000 liter.

“Turut dijumpai dan dirampas di atas kapal kedua ini ialah buku log atau dokumen transaksi jualan diesel kepada bot nelayan asing Vietnam.

“Kapal ketiga pula tidak mempunyai nama dan nombor pendaftara­n tetapi dipercayai didaftarka­n di Thailand. Ia dikendalik­an oleh dua kru warga Thailand dan tujuh kru wargaKembo­jayangmemb­awa kira-kira 3,000 liter diesel. Turut dijumpai di kapal ini sejumlah mata wang Malaysia RM700 dan 9,500 Baht,” katanya.

Menurut Muhammad Suffi, kesemuakap­aldanmerek­ayang ditahan telah dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar (MS0) 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia