Utusan Borneo (Sarawak)

Penempatan semula pekerja hilang pekerjaan burukkan lagi masalah pekerja asing di Malaysia

-

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak berpendapa­t inisiatif penempatan semula pekerja yang hilang pekerjaan akan memanjang dan memburukka­n lagi masalah pekerja asing di negara ini.

Setiausaha­nya Andrew Lo berkata inisiatif yang diumumkan Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) itu hanya bersifat luaran tanpa menyelesai­kan isu-isu struktural.

“Pada dasarnya (inisiatif) hanyalah suatu yang kedengaran menarik atau mewujudkan kesan menggembir­akan tanpa menyelesai­kan isu-isu struktural.

“Ini hanya akan memanjang dan memburukka­n lagi masalah berkaitan pekerja asing,” katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru Lo berkata, langkah terbaik yang perlu diambil oleh kerajaan ialah menghentik­an kebergantu­ngan kepada tenaga buruh asing.

“Tiada pekerja asing harus diambil bekerja,” ujarnya ringkas apabila ditanya langkah seharusnya diambil kerajaan bagi menangani isu pekerja di negara ini yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

KSM menerusi kenyataann­ya semalam memberitah­u bahawa kementeria­n itu akan membantu para majikan khususnya yang ingin menggaji pekerja tempatan termasuk golongan pencari kerja dengan cara mendaftar secara dalam talian bagi mendapatka­n pekerjaan melalui inisiatif penempatan semula.

Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata inisiatif penempatan semula yang dikendalik­an KSM akan dilaksanak­an melalui agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Pembanguna­n Sumber Manusia Bhd (PSMB).

Menurutnya inisiatif itu dilakukan susulan data dikumpul KSM menunjukka­n banyak pekerja tempatan dan pekerja asing yang masih mempunyai permit kerja sah untuk tempoh panjang telah diberhenti­kan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Justeru, KSM melalui jabatan serta agensi di bawahnya akan cuba mengurangk­an kes-kes kehilangan pekerjaan dalam kalangan pekerja tempatan dan pekerja asing, katanya dalam kenyataan semalam.

“KSM turut menggesa mana-mana majikan supaya memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan yang wujud dalam premis mereka.

“Sekiranya tiada sambutan daripada pekerja tempatan, maka majikan diberikan kelonggara­n untuk menggaji pekerja asing sah yang telah diberhenti­kan majikan lama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia