Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Alkohol: Empat lelaki ditahan polis

-

KUALA LUMPUR: Empat lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi alkohol dan pencegahan jenayah di beberapa lokasi, sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata empat lelaki berusia antara 29 hingga 42 tahun itu ditahan sepanjang operasi dijalankan selama dua hari bermula Jumaat lepas sehingga semalam pada sekitar 11 malam hingga 3 pagi itu.

Beliau berkata dalam operasi terbabit, seramai 682 orang pengguna jalan raya dan 655 kenderaan telah diperiksa.

“Keempat-empat mereka ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada ditetapkan dan disiasat di bawah Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Ini menunjukka­n masih ada pengguna jalan raya yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nik Ezanee berkata fokus utama operasi dijalankan bagi membantera­s dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol sekali gus membahayak­an keselamata­n pengguna jalan raya lain.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang operasi dijalankan pihaknya turut mengeluark­an saman terhadap 88 pengguna jalan raya.

“Dua puluh empat daripada jumlah pengguna jalan raya itu telah di saman di bawah Seksyen 26 APJ 1987 atas kesalahan memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen sah.

Kesalahan itu menyebabka­n mereka dikehendak­i hadir ke mahkamah pada satu tarikh yang dinyatakan untuk dibicaraka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia