Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan ke MRSM bagi sesi 2021 dibuka pada 24 Ogos

-

KUCHING: Permohonan kemasukan ke tingkatan satu dan empat ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2021 akan dibuka pada 24 Ogos ini bermula jam 9 pagi yang juga boleh dibuat permohonan menerusi dalam talian.

Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun berkata pihak MRSM menerusi kenyataann­ya semalam menyatakan bahawa MRSM menyediaka­n sistem pendidikan berteraska­n sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegri­ti.

“Kemasukan ke MRSM pada tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderun­gan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat.

“UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian Keperibadi­an. Pemohon yang memohon program Ulul Albab diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan,” katanya.

Calon kata kenyataan itu, perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimba­ngkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah. Pemohon dinasihati membuat permohonan lebih awal bagi mengelakka­n sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanak­an dengan sempurna.

Justeru, MARA mempelawa calon yang berminat, memiliki sahsiah terpuji serta jati diri yang tinggi untuk memohon dan seterusnya mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraska­n kurikulum kebangsaan dan antarabang­sa.

Calon yang berjaya memasuki sistem pendidikan MRSM berpeluang menelusuri ekosistem pendidikan MARA selepas tamat pengajian di MRSM meliputi program persediaan dalam dan luar negara, pendidikan berasaskan TVET dan Profesiona­l di institusi pendidikan MARA dengan tajaan dan pembiayaan MARA atau agensi lain.

MARA komited untuk melahirkan pelajar bersahsiah terpuji, cemerlang dan akan menyumbang kepada pembanguna­n modal insan untuk negara. Justeru, calon yang berminat boleh memohon secara dalam talian di laman web http://www.mara. gov.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia