Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan darah selepas derma darah hanya mitos

Setiap 14 hari badan manusia akan menghasilk­an sendiri sel darah merah yang baharu, kata Dr Sim

-

KUCHING: Tanggapan seseorang akan mengalami masalah kekurangan darah selepas menderma darah, tidak benar dan ia hanyalah mitos.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata setiap 14 hari badan manusia akan menghasilk­an sendiri sel darah merah yang baharu.

“Setiap 14 hari, darah kita akan bertukar dengan sendirinya. Oleh itu isu kita akan kekurangan darah selepas menderma darah tidak benar.

“Orang ramai tidak harus berasa bimbang dan percaya dengan maklumat yang tidak betul seperti ini,” katanya ketika ditemui pada Kempen Menderma Darah Untuk Menyelamat­kan Nyawa di Kozi Square di sini, kelmarin.

Sehubungan itu Dr Sim menggesa orang ramai tampil menderma darah dalam setiap kempen yang diadakan di seluruh Sarawak.

Ini kerana ujarnya, bank darah di hospital-hospital kerajaan di negeri ini memerlukan bekalan darah setiap hari bagi menyelamat­kan nyawa.

Bank Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) sahaja katanya, memerlukan kira-kira 70 beg darah sehari dan ia memerlukan bekalan darah yang berterusan.

Beliau memberitah­u, bank darah masih memerlukan lebih ramai lagi penderma dan orang awam digalakkan serta tidak perlu bimbang dengan risiko dijangkiti COVID-19 .

Dr Sim berkata, ramai juga yang tidak tahu, darah yang diambil daripada penderma tidak boleh disimpan lama kerana ia akan hilang fungsi serta keberkesan­annya dalam perubatan.

“Kita tidak boleh menyimpan darah yang diderma ini untuk tempoh yang lama kerana jika ia tidak segar, kita hanya mentranfus­i jumlah (darah) bukan fungsi atau keberkesan­an darah itu.

“Kita juga tidak boleh melakukan tranfusi darah dengan banyak dalam masa seminggu dan menyimpan darah selama dua bulan kerana darah ini akan hilang fungsi serta keberkesan­annya. Oleh sebab itulah darah ini mesti digunakan dalam masa 14 hari,” jelasnya.

Dr Sim yang merupakan pakar kardiologi berkata, saringan kesihatan perlu dilakukan bagi memastikan seseorang itu layak menderma darah dan kos bagi tujuan itu ditanggung oleh kerajaan.

“Darah diperlukan oleh

Setiap 14 hari, darah kita akan bertukar dengan sendirinya. Oleh itu isu kita akan kekurangan darah selepas menderma darah tidak benar.

Dato Sri Dr Sim Kui Hian

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

mereka yang perlu menjalani pembedahan dan orang yang perlu menjalani tranfusi darah disebabkan pelbagai penyakit.

“Apa juga yang anda derma, ia adalah untuk menyelamat­kan nyawa, kos tidak penting,” tambahnya.

 ?? — Gambar ihsan UKAS ?? SOKONGAN: Dr Sim meluangkan masa melihat salah seorang penderma yang menyertai Kempen Menderma Darah Untuk Menyelamat­kan Nyawa di Kozi Square.
— Gambar ihsan UKAS SOKONGAN: Dr Sim meluangkan masa melihat salah seorang penderma yang menyertai Kempen Menderma Darah Untuk Menyelamat­kan Nyawa di Kozi Square.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia