Utusan Borneo (Sarawak)

Dua keluarga mangsa ribut menerima sumbangan daripada Toh Puan Ragad

-

KUCHING: Dua keluarga di Kampung Tabuan Hilir yang terlibat dalam bencana angin kencang pada 13 Ogos lalu bersyukur dengan bantuan yang diberikan Isteri Yang diPertua Negeri Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas itu disampaika­n Toh Puan Ragad pada program Jalinan Kasih semalam.

Salah seorang penerima, Isah Atan,67, mengucapka­n terima kasih kepada Toh Puan Ragad serta agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil menghulurk­an sumbangan selepas kejadian tersebut.

Katanya, rumah yang didiami 10 ahli keluarga itu mengalami kerosakan yang agak teruk terutama di bahagian dapur dan memerlukan kos yang agak tinggi untuk membaikiny­a.

“Kira-kira 80 peratus rumah kami rosak teruk dihempap pokok akibat angin kencang yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang pada 13 Ogos lalu.

“Ketika itu, kami berasa bimbang dan cemas. Namun mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku malah saya rasa bersyukur keluarga semua selamat,” katanya ketika ditemui.

Menurut Isah, sumbangan yang diterimany­a itu akan digunakan sepenuhnya untuk membaiki kerosakan rumah mereka.

“Gembira dengan sumbangan ini. Saya akan gunakan dengan sebaik mungkin untuk membaiki rumah ini,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini pihaknya turut menerima bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak dan Yayasan Kebajikan Negara Cawangan Sarawak.

Selain Isah, keluarga Ahmad Abdullah yang turut terlibat dalam kejadian angin kencang turut menerima sumbangan daripada Toh Puan Ragad

Pada majlis sama, Toh Puan Ragad juga memberikan sumbangan kepada lapan penerima daripada kumpulan asnaf pada program itu.

Hadir sama, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Toh Puan Ragad menyampaik­an sumbangan kepada Isah di rumahnya di KampungTab­uan Hilir. Turut kelihatan Fatimah.
RINGANKAN BEBAN: Toh Puan Ragad menyampaik­an sumbangan kepada Isah di rumahnya di KampungTab­uan Hilir. Turut kelihatan Fatimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia