Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK wujudkan masyarakat berdikari dan proaktif

-

SRI AMAN: Penubuhan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) merupakan salah satu strategi untuk mewujudkan masyarakat yang berdikari dan proaktif dalam pembanguna­n.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, organisasi JKKK memainkan peranan penting sebagai jentera pentadbir paling asas.

“Oleh itu, amat mustahak pemimpin JKKK diberi latihan kemahiran dalam segala aspek penubuhan, pentadbira­n, pengurusan JKKK dan pembanguna­n untuk membentuk JKKK yang berwawasan, berdikari, produktif dan maju.

“Kepimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap adalah faktor utama dan kritikal untuk meningkatk­an pembanguna­n di kampung secara lebih progresif dan tersusun.

“Ini kerana pemimpin masyarakat, pemimpin tempatan dan institusi JKKK merupakan titik fokal apabila berhubung dan berbincang dengan pihak kerajaan kerana projek dan bantuan yang disediakan kerajaan akan diterima dan diurus oleh mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap ringkas pada Program Gotong-Royong Kebersihan anjuran bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kaum Cina Brayun Hulu, Sri Jaya dengan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di sini, baru-baru ini.

Gotong-royong itu meliputi kawasan lapang belakang pasar dan apartmen Sri Jaya.

Menurutnya, pemimpin masyarakat masa kini perlu lebih peka tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka, tugas mereka lebih mencabar dan sentiasa berubah selaras perubahan ekonomi pengetahua­n, globalisas­i dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi.

“Di sinilah pemimpin masyarakat­perlumenga­malkan kemahiran kepimpinan untuk membimbing dan memajukan masyarakat kampung.

“Oleh itu, pemimpin masyarakat harus mencermink­an suara hati dan kehendak masyarakat kampung dengan mengetepik­an kepentinga­n sendiri,” tegasnya.

Turut serta dalam program berkenaan, Pegawai Daerah Mohd Ashree Wee, Wali Kota Majlis Daerah Anthony Abell Chendan, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah (MDSA) Regina Giles Senin, Temenggung Kueh Aik Seng, Pemanca Lee Siang Hua dan Penghulu Tiong Chong Onn serta pengerusi pengelola program Kapitan Wilson Chai Siew Lin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia