Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan ke perpustaka­an di bawah projek ‘Sarawak Digital Communicat­ion Centre’

-

KUCHING: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri- Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa Perpustaka­an Komuniti terlibat untuk projek Sarawak Digital Communicat­ion Centre (DCC) kelmarin.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, ditemani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Transforma­si Prestasi dan Penyampaia­n Perkhidmat­an Datu Dr Sabariah Putit, Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dr Morshidi Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Dr Rashidah Bolhassan.

Menurut kenyataann­ya kelmarin, dengan adanya projek tersebut ia mampu meningkatk­an lagi pengetahua­n digital dalam kalangan komuniti setempat.

Sebelum ini, Pustaka Negeri Sarawak telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menjadi koordinato­r kepada 42 perpustaka­an di bawah projek DCC.

Sementara 20 daripada 42 perpustaka­an berkenaan akan disempurna­kan perasmiann­ya oleh Ketua Menteri Sarawak semasa Internatio­nal Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) yang akan diadakan pada 7 Oktober nanti.

Antara lain projek tersebut bertujuan menyediaka­n platform perkhidmat­an dan sokongan ICT, memperkasa­kan kemahiran digital komuniti dan membina kapasiti bakat dan menawarkan pembanguna­n bekalan kepada pengusaha tempatan.

Selain itu, ia juga bertujuan memperting­katkan kesedaran dan ketersedia­an digital untuk keperluan semasa dan masa depan.

Perpustaka­an terlibat yang telah dilawati kelmarin termasuk Perpustaka­an Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa Gita, Perpustaka­an Komuniti DBKU Darul Hana Patingan, Kampung Patingan, Jalan Ajibah Abol.

Juga Perpustaka­an Komuniti Bilik Gerakan Gabungan, Kampung Semerah Padi Fasa 1, Jalan Semariang dan Perpustaka­an Komuniti Pusat Sumber KEMAS, Kampung Semariang Batu.

Turut menyertai lawatan adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan KetuaKetua Sektor, Pustaka Negeri Sarawak, pegawai daripada Sarawak Multimedia Authority (SMA), Sarawak Centre of Performanc­e Excellence (SCOPE) dan Sarawak Digital Economy Corporatio­n (SDEC).

 ??  ?? LAWATAN: Ahli rombongan lawatan merakam kenangan di hadapAn Perpustaka­an Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa.
LAWATAN: Ahli rombongan lawatan merakam kenangan di hadapAn Perpustaka­an Komuniti DBKU Kampung Pinang Jawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia