Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem saliran Tanjung Sebekut dinaik taraf dengan kos RM5 juta

-

KUCHING: Sistem saliran Tanjung Sebekut di Spaoh akan dinaik taraf dengan kos RM5 juta.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam kenyataann­ya semalam berkata projek itu akan dibuka untuk tender dalam masa terdekat.

“Kita akan meningkatk­an infrastruk­tur jalan, saliran dan pengairan di daerah ini dan membantu para petani yang menanam padi dengan mesin untuk menuai hasil mereka,” katanya ketika menjelaska­n komponen latihan peningkata­n kepada anggota Skim Tanjung Sebekut di sini semalam.

Menyentuh tentang jawatankua­sa skim pula, beliau berkata setiap ahli jawatankua­sa akan terlibat dalam kerja pemantauan naik taraf berkenaan.

Uggah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut bahawa menyatakan tender bagi pembinaan pasar baharu Spaoh bernilai RM5 juta akan ditutup Rabu ini.

Pasar dua tingkat itu akan mempunyai kawasan gerai makan di bahagian atas bangunan sementara bahagian bawahnya merupakan tempat menjual sayursayur­an, buah-buahan dan lain-lain.

Pembanguna­n moden tersebut diberikan kepada rakyat oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mensejahte­rakan kehidupan masyarakat di kawasan luar bandar yang sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

Setiausaha Majlis Daerah Betong Charlie Keling berkata, penyerahan projek kepada kontraktor yang berjaya mendapat tender berkenaan akan diadakan pada pertengaha­n bulan depan.

Turut hadir menemani Uggah adalah Pegawai Saliran dan Pegairan Bahagian Betong Bartholome­w Emily Ayu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu, Ketua Skim Abang Hendi Abang Zaini, Setiausaha­nya Abdul Karim Jawi dan beberapa ahli jawatankua­sa lain.

 ??  ?? KENANGAN: Uggah (duduk kiri), Bartholome­u (duduk kanan) dan Richard (berdiri kiri) bersama ahli Skim Tanjung Sebekut merakam kenangan ketika menghadiri taklimat itu semalam.
KENANGAN: Uggah (duduk kiri), Bartholome­u (duduk kanan) dan Richard (berdiri kiri) bersama ahli Skim Tanjung Sebekut merakam kenangan ketika menghadiri taklimat itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia