Utusan Borneo (Sarawak)

JaPen Sabah pergiat semarakkan Bulan Kebangsaan

-

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah mempergiat usaha menyemarak­kan Bulan Kebangsaan dan hebahan maklumat melalui program Info On Wheels (IOW).

Pengarahny­a Norzawiyah Bulka berkata, program IOW Merdeka yang bermula sejak 8 Julai lalu turut dilaksanak­an di 25 daerah di Sabah dan akan berakhir pada 16 September ini.

“Meskipun pada tahun ini IOW diadakan dalam keadaan pandemik COVID-19, Jabatan Penerangan akan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) iaitu terhad 150 peserta, memakai pelitup muka dan mengamalka­n penjarakan fizikal.

“Bagaimanap­un, kita akan terus menyemai semangat patriotik dalam diri rakyat dan menyemarak­kan platform media sosial JaPen Sabah melalui Facebook,Twitter mahupun Instagram,” katanya selepas menyempurn­akan Program IOW Merdeka Peringkat Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Tambahnya, IOW Merdeka bertujuan mengajak rakyat bersama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang bagi menunjukka­n rasa cinta negara dan dalam masa yang sama menyampaik­an maklumat serta dasar-dasar kerajaan secara bersemuka kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Setakat ini, pengibaran bendera Jalur Gemilang agak kurang dikibarkan sama ada di premis-premis perniagaan, kediaman mahupun sekolah.

“Diharap melalui program ini, rakyat dapat mengetahui pentingnya pengibaran Jalur Gemilang dan akan terus mengibarka­n Jalur Gemilang,” katanya.

Program berkenaan melibatkan lima buah unit konvoi kenderaan JaPen dan lima buah motosikal penghantar makanan MoreFun.

Hebahan unit bergerak berkenaan bergerak di sekitar

Kampung Air, Bandaran Berjaya, Sinsuran, Jalan Gaya,

Api-api dan taman-taman sekitarnya dengan membuat hebahan antaranya mengenai penghayata­n Rukun Negara dan norma baharu COVID19. — Penerangan

 ??  ?? PELEPASAN: Norzawiyah (kiri) ketika melakukan flag off IOW.
PELEPASAN: Norzawiyah (kiri) ketika melakukan flag off IOW.
 ??  ?? ALBUM: Norzawiyah bersama wakil-wakil Ketua Jabatan bergambar kenangan pada program berkenaan.
ALBUM: Norzawiyah bersama wakil-wakil Ketua Jabatan bergambar kenangan pada program berkenaan.
 ??  ?? KENANGAN: Pemilik-pemilik premis perniagaan bergambar kenangan bersama Norzawiyah.
KENANGAN: Pemilik-pemilik premis perniagaan bergambar kenangan bersama Norzawiyah.
 ??  ?? JALUR GEMILANG: Norzawiyah (kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Yap Siong Han (tengah) mewakili Utusan Borneo sambil diperhatik­an oleh Nor Ain.
JALUR GEMILANG: Norzawiyah (kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Yap Siong Han (tengah) mewakili Utusan Borneo sambil diperhatik­an oleh Nor Ain.
 ??  ?? TAHNIAH: Pertanding­an Foto Jalur Gemilang turut diadakan dan dimenangi oleh Rohana (dua kiri) daripada BERNAMA.
TAHNIAH: Pertanding­an Foto Jalur Gemilang turut diadakan dan dimenangi oleh Rohana (dua kiri) daripada BERNAMA.
 ??  ?? TIDAK KETINGGALA­N: Norzawiyah (tengah) ketika melekatkan bendera di motosikal penghantar MoreFun.
TIDAK KETINGGALA­N: Norzawiyah (tengah) ketika melekatkan bendera di motosikal penghantar MoreFun.
 ??  ?? BERBUAL MESRA: Pengarah RTM Nor Ain (kiri) dan Norzawiyah (kanan) berbual mesra.
BERBUAL MESRA: Pengarah RTM Nor Ain (kiri) dan Norzawiyah (kanan) berbual mesra.
 ??  ?? EDAR BENDERA: Sesi edaran Jalur Gemilang daripada Norzawiyah (kiri) kepada wakil-wakil jabatan di Wisma Dang Bandang.
EDAR BENDERA: Sesi edaran Jalur Gemilang daripada Norzawiyah (kiri) kepada wakil-wakil jabatan di Wisma Dang Bandang.
 ??  ?? JALUR GEMILANG: Norzawiyah berkesempa­tan melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan awam.
JALUR GEMILANG: Norzawiyah berkesempa­tan melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia