Utusan Borneo (Sarawak)

21 projek SARES sedang dijalankan di daerah Tatau, siap tahun depan

-

KUCHING: Sebanyak 21 projek Sistem Skim Elektrifik­asi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) sedang dijalankan di daerah Tatau dan bakal siap pada awal tahun depan.

Menurut Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, di Bintulu sistem SARES telah berjaya menghubung­kan 17 kampung di Sebauh dan 18 kampung di Tatau, menerangi 607 isi rumah sekitar 3,300 penduduk.

“Menjelang 2020, dijangkaka­n SARES akan memberi manfaat kepada 5,100 penduduk di bahagian Bintulu dengan bekalan elektrik 24 jam yang boleh dipercayai dan boleh diperbahar­ui, ”kata Dr Rundi dalam kenyataan akhbar yang dikeluarka­n Sarawak Energy Berhad (SEB) kelmarin.

Beliau sebelum ini telah merasmikan majlis penyerahan selepas selesai pemasangan SARES untuk empat Kampung di Rumah Patrick Andin, Sebauh.

Solar SEB telah diberikan kepada Rumah Nompang, Rumah Lawai, Rumah Elwin Ugan dan Rumah Palos yang terdiri daripada 102 isi rumah dengan jumlah sekitar 610 penduduk.

Tambahnya, untuk mencapai elektrifik­asi penuh di Sarawak menjelang 2025, Kerajaan Sarawak telah memperuntu­kkan RM2.37 bilion untuk 2019/2020 bagi mempercepa­tkan Pelan Induk Elektrik ke kawasan luar bandar.

“Kejayaan ini dapat dirasai kini kerana liputan elektrik bagi penduduk di kawasan luar bandar Sarawak telah meningkat sehingga 93 peratus pada 2019 melalui pelbagai inisiatif di bawah Pelan Induk Elektrik terbabit termasuk program SARES yang bermula pada 2016,” katanya.

Dr Rundi menasihati masyarakat yang mendapat kemudahan SARES agar menjaga sebaiknya unit yang baru dipasang itu.

“Ini adalah hadiah daripada Kerajaan Sarawak kepada penduduk luar bandar kita yang tidak mempunyai akses yang sama sebagaiman­a yang dimiliki penduduk di kawasan bandar.

“Setiap isi rumah dibekalkan dengan 3,000Wh elektrik yang boleh diperbahar­ui setiap hari, cukup untuk memenuhi keperluan asas seperti pencahayaa­n, penggunaan televisyen dan peti sejuk.

“SARES memberi perbezaan besar kepada kehidupan masyarakat di sini dan lebih banyak komuniti yang mendiami kawasan terpencil di negeri ini,” tambahnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, pasukan SARES SEB diwakili oleh Dr Chen Shiun, wakil-wakil dari agensi-agensi yang berkaitan dan pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? NORMA BAHARU: Dr Rundi (dua kiri) menunjukka­n tanda salam kepada penduduk setempat di Rumah Patrick Andin Sebauh kelmarin.
NORMA BAHARU: Dr Rundi (dua kiri) menunjukka­n tanda salam kepada penduduk setempat di Rumah Patrick Andin Sebauh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia