Utusan Borneo (Sarawak)

Bersatu hati terima pembanguna­n di luar bandar: Simoi

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri menggesa masyarakat tempatan khususnya mereka yang menetap di kawasan luar bandar agar terus bersatu hati menerima pembanguna­n yang disalurkan kerajaan.

Menurutnya, sekiranya penduduk tidak bersatu hati serta tidak mahu bekerjasam­a dengan kerajaan maka ia akan menyukarka­n usaha kerajaan untuk membangunk­an kawasan mereka.

“Kini sudah tiba masanya untuk kita memberikan kerjasama serta sokongan padu terhadap kepimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana hanya GPS yang mampu membangunk­an dan membela nasib rakyat kita di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Program Randau Rumah Mancha Uchang dan Rumah Mat Pipit di Tanjung Bijat, dekat sini kelmarin.

Katanya, kerjasama padu tanpa mengira bangsa dan kedudukan dalam masyarakat antara kerajaan dan rakyat memudahkan kerajaan melakar dan seterusnya menjalanka­n sesuatu pembanguna­n agar tidak ketinggala­n daripada segala aspek.

Dalam pada itu, penduduk dua rumah panjang berkenaan turut menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan GPS kerana kerajaan GPS telah banyak membela nasib rakyat dan menyalurka­n pelbagai pembanguna­n yang berterusan kepada rakyat di negeri ini.

Hadir sama pada program berkenaan, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga Dayang Megeret Abang Hamid, Kaunselor Kunjang Nanang serta ahli parti yang lain.

Pada majlis berkenaan, Simoi turut menyerahka­n Kenyalang Gold Card (KGC) kepada 35 warga emas.

Pada majlis itu juga Simoi menyerahka­n geran tahunan RM4,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) masing-masing bagi Rumah Mancha Uchang dan Rumah Mat Pipit.

 ??  ?? MANFAATKAN: Simoi menyampaik­an geran kerajaan kepada Tuai Rumah Mancha sambil diperhatik­an Dayang Megeret (kiri), Kunjang (kanan) serta yang lain semasa berlangsun­gnya program berkenaan kelmarin.
MANFAATKAN: Simoi menyampaik­an geran kerajaan kepada Tuai Rumah Mancha sambil diperhatik­an Dayang Megeret (kiri), Kunjang (kanan) serta yang lain semasa berlangsun­gnya program berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia