Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan buka sebuah lagi PPD di Long Lama sudah dikemukaka­n

-

MIRI: Permohonan membuka sebuah lagi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Long Lama sudah dikemukaka­n bagi membangunk­an sektor pendidikan di kawasan Baram.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata cadangan itu dikemukaka­n dan dibincangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November tahun lalu.

“Beberapa hari lalu saya mendengar permohonan membuka sebuah lagi PPD di Long Lama. Sebenarnya perkara itu sudah saya bincangkan dengan pegawai pendidikan Marudi dan surat permohonan sudah dihantar.

“Saya memohon agar PPD ini dibahagika­n kepada dua kawasan memandangk­an kawasan Baram amat luas. Ini memudahkan pegawai memantau sekolah selain pengagihan peruntukan yang lebih banyak,” katanya.

Dennis berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kempen Kesedaran Kebersihan dan Keselamata­n Awam Sungai-Sungai anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Wilayah III Miri di Long Bemang kelmarin.

Sebelum ini, semua urusan sekolah bergantung sepenuhnya kepada PPD Baram di Marudi.

Dennis menambah, cadangan pembukaan sebuah lagi PPD di Long Lama membuktika­n komitmen kerajaan dalam membangunk­an sektor pendidikan di Baram khususnya kawasan Telang Usan.

“Banyak usaha dilaksanak­an kerajaan sejak dahulu dengan membina sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Baram seperti Long Bedian dan seluruh kawasan Telang Usan.

“Ini adalah strategi kerajaan dari dahulu membina sekolah-sekolah. Dahulu penduduk Long Bedian dan Long Wat misalnya perlu berkayuh ke Long Wat. Kini hampir semua rumah panjang ada sekolah seperti di Long Bemang,” katanya.

Dennis berkata, kerajaan begitu prihatin dengan meluluskan permohonan untuk mewujudkan tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama hasil permohonan beliau sebelum ini.

Menurutnya, kawasan Telang Usan terus menikmati pembanguna­n menyeluruh kerana adanya sokongan daripada kerajaan.

“Mustahil dapat membawa pembanguna­n kalau bukan daripada agensi kerajaan. Malah gereja yang cantik di Telang Usan dapat kita laksanakan kerana ada agensi kerajaan, menteri dan Ketua Menteri yang menyokong saya,” katanya.

Mengenai kempen itu, Dennis berharap ia dapat meningkatk­an kesedaran penduduk kampung dalam pengurusan sampah dan sisa buangan.

“Kita tidak boleh sambil lewa dengan berterusan membuang sampah ke dalam sungai atau belakang rumah.

“Kita harus belajar dan mengambil iktibar apa yang berlaku di Jepun dalam menguruska­n sampah.

“Kita perlu belajar dari sekarang dalam menguruska­n sampah dan sisa buangan sebagai persiapan menghadapi peningkata­n populasi seperti berlaku di Jepun,” katanya.

Dennis berterima kasih kepada agensi kerajaan terlibat dan berharap program seumpama itu dapat diteruskan di kampung-kampung lain di Telang Usan.

 ??  ?? UNTUK KESELAMATA­N: Dennis (kiri) memakaikan jaket keselamata­n kepada salah seorang peserta kempen di Long Bemang kelmarin.
UNTUK KESELAMATA­N: Dennis (kiri) memakaikan jaket keselamata­n kepada salah seorang peserta kempen di Long Bemang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia