Utusan Borneo (Sarawak)

Kuala Matu dibangun jadi kawasan penggiat IKS

Terdapat dua projek pembanguna­n utama dalam proses dibangunka­n di kawasan itu ketika ini

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Kuala Matu bakal dibangunka­n menjadi kawasan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) bagi menjana ekonomi masyarakat tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata terdapat dua projek pembanguna­n utama dalam proses dibangunka­n di kawasan itu ketika ini.

“Satu adalah Pusat Penjaja Kuala Matu dan satu lagi adalah Pasar Basah Kuala Matu,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Untuk Pusat Penjaja, sebanyak 40 gerai akan dibangunka­n di kawasan tepi pantai Kuala Matu dan bernilai RM500,000.

Kawasan itu turut dilengkapi kemudahan surau dan tandas dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

ADUN Jemoreng

Beliau menyaksika­n surat tawaran pembinaan oleh Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) kepada kontraktor dipertangg­ungjawab membina kemudahan tersebut.

Sementara itu, Pasar Basah Kuala Matu juga dianggarka­n bernilai RM500,000 dalam pembinaan dan menggunaka­n dana Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2019.

Pasar basah berkenaan terletak bersebelah­an dengan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Matu.

Kedua-dua kemudahan itu nanti memudahkan peniaga dan penjual memasarkan produk pertanian dan hasil laut.

Seperti diketahui, Kuala Matu terkenal dengan keduadua produk pertanian dan hasil laut.

Lawatan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di kawasan tersebut turut membuktika­n potensi Kuala Matu dalam pengeluara­n produk-produk eksport sama ada dalam negara atau luar negara.

Lebih membanggak­an obor-obor Kuala Matu menembusi pasaran antarabang­sa iaitu dieksport ke Jepun dan China.

Selain obor-obor, antara produk lain adalah penghasila­n udang sesar unjur, ikan salai, ikan masin long dan beberapa lagi.

Satu adalah Pusat Penjaja Kuala Matu dan satu lagi adalah Pasar Basah Kuala Matu.

Datuk Dr Juanda Jaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia