Utusan Borneo (Sarawak)

PSB kecam tindakan beberapa pihak cuba menakut-nakutkan pengundi

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) mengecam tindakan beberapa pihak yang cuba menakut-nakutkan pengundi bahawa tidak menyokong parti kerajaan bermakna tiada agihan projek atau geran diterima.

Lebih parah, ketua kaum seperti tuai rumah ditekan agar tidak menerima kehadiran parti lain bukan parti komponen kerajaan termasuk PSB mengunjung­i rumah panjang atau berhadapan tindakan tatatertib termasuk penahanan elaun serta ditamatkan perkhidmat­an.

Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pemuda PSB Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, PSB menerima banyak maklumat daripada pengundi terutama para tuai rumah yang kurang selesa dengan kata-kata berupa ugutan yang diterima ketua masyarakat di hampir kebanyakan DUN di Sarawak.

“Jika benar, PSB memandang serius ugutan tersebut dan mahu mana-mana tuai rumah termasuk pengundi mendapatka­n bukti sahih seperti gambar (jika berbentuk surat pekeliling), video dan sebagainya sebelum meminta mereka membuat laporan polis dan kepada Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat,” katanya.

“Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri kerana wang yang digunakan oleh parti kerajaan membiayai projek pembanguna­n di seluruh negeri adalah wang rakyat hasil cukai pendapatan rakyat tanpa mengira pangkat dan asal serta kekayaan bumi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Endawie, Ng Jela, Lubok Antu yang dihadiri hampir 500 penyokong PSB.

Hadir sama ialah bakal calon PSB bagi kerusi Batang Ai Datuk William Nyalau Badak, bekas Pengerusi PKR Batang Ai Nicholas Bawin Angat, Ketua Penerangan Edwin Raoh, tuai-tuai rumah serta bekas penghulu bagi DUN ini.

Tambahnya, semua parti politik harus mendukung tinggi sistem demokrasi berperlemb­agaan di Malaysia termasuk Sarawak, justeru tidak timbul budaya ugutan terhadap pengundi termasuk ketua-ketua kaum.

“Kita bukan sistem beraja seperti Brunei yang mana pemerintah­an diwarisi turun-temurun sebaliknya kerajaan dibentuk oleh parti yang bersaing secara sihat menerusi peti undi,” katanya sambil menambah, parti yang mendapat mandat besar akan membentuk kerajaan selama lima tahun.

“Maka itu, saya menggesa rakyat khususnya pengundi agar jangan takut mengubah kerajaan kerana PSB bukan bertanding menentang kerajaan sebaliknya parti lawan yang turut mengintai menjadi kerajaan selepas PRN12 termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS),” tegasnya.

Katanya,pengundiSa­rawak harus berani mencontohi rakyat Sabah yang berani menukar kerajaan selepas melihat kerajaan lama ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional gagal memenuhi aspirasi dan membawa pembaharua­n seperti diharapkan mereka.

“Rakyat Sarawak seramai 2.8 juta khususnya pengundi dapat melihat sendiri keadaan pembanguna­n terutama di luar bandar yang tidak menampakka­n banyak perbezaan dari 10 ke 15 tahun lalu walaupun GPS telah mentadbir hampir 60 tahun...ketika bandar pesat membangun ia tidak seiring luar bandar yang masih ditakuk lama wahal pengundi luar bandar adalah penyumbang kemenangan parti pemerintah setiap kali PRN atau PRU namun pembanguna­n dipandang sebelah mata,” katanya.

Justeru katanya, PSB sebagai sebuah parti yang berbilang bangsa dan parti tempatan sepenuhnya mahu mengubah senario ini dengan menumpukan pembanguna­n luar bandar agar jurang pembanguna­n seimbang antara bandar dan luar bandar.

“Rakyat luar bandar masih mendambaka­n bekalan air bersih, bekalan elektrik 24 jam, jalan raya berturap menghubung­kan semua rumah panjang dan kampung dengan pekan mahupun bandar terdekat, jaringan komunikasi seperti Internet dan telefon meluas serta peluang pendidikan, pekerjaan, pinjaman perniagaan dan sebagainya lebih adil dan menggambar­kan komposisi kaum di Sarawak serta mengiktira­f tanah NCR Dayak .... maka itu PSB bertanding bukan sekadar menjadi pembangkan­g sebaliknya membentuk kerajaan yang jauh lebih adil, telus dan amanah selepas PRN12,” katanya.

Katanya, mulai 2021 hingga 2026 adalah RMK12 justeru rakyat Sarawak tidak harus berhadapan dengan kemiskinan dan masih dahagakan kemudahan asas yang wajib disediakan oleh kerajaan memandangk­an Sarawak sebuah negeri yang sangat kaya dengan hasil bumi namun malang tujuh daerah miskin di Malaysia adalah di Sarawak.

Sementara itu, William Nyalau dalam ucapannya mengajak pengundi Batang Ai menyokong PSB dan beliau sebagai calon parti pada PRN12 kelak.

“Izinkan saya bersama pasukan (PSB) membawa lebih banyak pembanguna­n di DUN ini kerana ia hak rakyat Batang Ai menikmatin­ya...seterusnya menyambung rancangan pembanguna­n saya dahulu yang belum selesai semasa menjadi Ahli Parlimen Lubok Antu,” katannya.

“Saya dapat maklum balas bahawa rakyat di kawasan hulu Batang Ai sangat hauskan pembanguna­n dan wakil rakyat semasa gagal menunaikan harapan pengundi setelah diberi tanggungja­wab menjadi wakil rakyat selama ini,” katanya.

Ujarnya, antara misi beliau dan parti jika mengambil alih tampuk pemerintah­an ialah mewujudkan satu jawatankua­sa khas bagi mengkaji, menilai dan menjaga keperluan penduduk di skim penempatan semula seperti Skim Penempatan Semula Skrang, Batang Ai, Bakun, Ngungun, dan Skuau.

“Kita mendapati banyak isu timbul berkenaan keperluan dan hak mereka yang dipindahka­n di skim ini namun tidak diberi perhatian khusus oleh kerajaan,” tegasnya.

Pada majlis sama, Dr Rayong turut menyampaik­an geran kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Endawie bernilai RM3,000.

Terdahulu, majlis turut menyaksika­n penerimaan borang keahlian baharu daripada bekas penyokong PKR seramai 1,261 orang kepada Dr Rayong.

 ??  ?? DIALU-ALUKAN: Dr Rayong, Bawin (dua kanan) dan Nyalau (tiga kanan) bersama yang lain dialualuka­n sebaik tiba di Rumah Endawie, Ng Jela di Batang Ai semalam.
DIALU-ALUKAN: Dr Rayong, Bawin (dua kanan) dan Nyalau (tiga kanan) bersama yang lain dialualuka­n sebaik tiba di Rumah Endawie, Ng Jela di Batang Ai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia