Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu keluarga susah sedia pelitup separuh muka untuk anak ke sekolah

-

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak berkata beberapa pihak boleh membantu keluarga susah lebih-lebih lagi di luar bandar menyediaka­n keperluan murid khasnya pelitup separuh muka untuk kegunaan ke sekolah semasa negara masih berdepan pandemik COVID19.

Yang Dipertua MAPIM Sarawak Omar Immun berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pemimpin tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh tampil bersama menyumbang pelitup separuh muka atau pelindung muka bagi meringanka­n beban keluarga kurang berkemampu­an.

“Ketika musim persekolah­an kini disambung kembali, masih terdapat keluarga yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah kerana khuatirkan keselamata­n dan kesihatan anak-anak mereka.

“Ini juga didorong oleh sebab ketidakmam­puan keluarga berkenaan menyediaka­n keperluan anak-anak seperti pelitup separuh muka yang wajib digunakan semasa sesi persekolah­an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Omar berkata sebahagian orang boleh sahaja memperleke­hkan keluaga sebegini tetapi harus dimaklumi masih ada masyarakat khususnya keluarga di luar bandar mempunyai ramai anak masih bersekolah dan benar-benar tidak mampu menyediaka­n pelitup separuh muka untuk kegunaan anak-anak mereka.

“Ini adalah hakikat kehidupan. Nasib kehidupan setiap keluarga itu berbeza. Apa yang penting di sini, keazaman tinggi keluarga berkenaan mahu menghantar anak ke sekolah, tetapi tidak mampu menyediaka­n keperluan khas ini, ujarnya.

Sehubungan itu Omar yang juga pengerusi Biro Latihan dan Perhubunga­n Awam MAPIM Malaysia, menyeru setiap pihak yang prihatin seperti PIBG, pemimpin tempatan dan NGO sama-sama tampil membantu keluarga sasar menyediaka­n pelitup separuh muka agar anak-anak mereka dapat kembali bersekolah.

Selain itu katanya, sumbangan seperti itu boleh juga dilakukan oleh rakyat kebanyakan.

Pada masa sama, katanya kerajaan juga disaran menyalurka­n peruntukan tambahan kepada sekolahsek­olah, sama ada menerusi Jabatan Pendidikan Negeri atau melantik NGO-NGO terpilih bagi mengagihka­n pelitup separuh muka kepada keluarga kurang mampu.

 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia