Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah kerap banjir mendapat perhatian SUPP

Satu dialog bersama penduduk Kampung Usahajaya Baru, Sentosa telah diadakan di Sibu kelmarin

- Oleh Watt Zacchaeus

Antara isu paling serius yang dibincang dalam pertemuan ini adalah masalah banjir yang dialami penduduk kampung setelah hujan lebat sejak kebelakang­an ini.

Wong Ching Yong

SIBU: Masalah banjir yang kerap berlaku setiap kali hujan turun di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa di sini telah mendapat perhatian Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong dan Bukit Assek.

Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong berkata, beliau bersama Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Datuk Chieng Buong Toon telah menghadiri satu dialog bersama penduduk kampung tersebut yang turut dihadiriPe­ngerusiJaw­atankuasa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Usahajaya Baru, Sentosa Mohd Ali Serani di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Jelasnya, tujuan sesi dialog itu adalah untuk membincang­kan isu-isu tempatan di kampung tersebut lebihlebih lagi masalah banjir.

Pengerusi SUPP Cawangan Dudong

“Antara isu paling serius yang dibincang dalam pertemuan ini adalah masalah banjir yang dialami penduduk kampung setelah hujan lebat sejak kebelakang­an ini,” katanya di sini, semalam.

Wong memberitah­u, pada bulan lalu penduduk kampung tersebut mengalami banjir paling hebat sejak bertahun-tahun lalu.

“Ini adalah akibat gabungan beberapa faktor meteorolog­i seperti hujan lebat, air pasang besar dari Sungai Rejang dan pelepasan air dari Empangan Bakun yang berlaku serentak dalam masa satu minggu.

“Banjir besar ini menyebabka­n kehidupan harian penduduk kampung terjejas,” katanya yang juga timbalan pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.

Menurut Wong lagi, beliau dan Chieng telah mengambil perhatian serius terhadap permasalah­an tersebut dengan penuh simpati.

“Kami telah bersetuju mengadakan pemeriksaa­n dan tinjauan bersama dengan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu untuk mengenal pasti kawasankaw­asan yang memerlukan tindakan segera di kampung tersebut,” tambah Wong.

Pada sesi dialog itu, beliau berkata JKKK kampung tersebut juga telah dimaklumka­n bahawa kerajaan negeri telah meluluskan Rancangan Projek Tebatan Banjir bernilai RM25 juta untuk menyelesai­kan masalah banjir di Kampung Sentosa.

Justeru ujarnya, satu sesi dialog akan diadakan di antara JPS Sibu dan penduduk kampung tersebut dalam masa terdekat ini.

“Dengan ini diharapkan penduduk kampung tersebut dapat memahami Rancangan Projek Tebatan Banjir yang bernilai RM25 juta ini setelah menghadiri dialog yang dicadangka­n itu kelak,” katanya.

 ??  ?? MINTA BANTUAN: Chieng (enam kiri) menerima surat permohonan daripada Ali bagi membantu menyelesai­kan masalah banjir di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa sambil disaksikan Wong (empat kiri) di Sibu, kelmarin.
MINTA BANTUAN: Chieng (enam kiri) menerima surat permohonan daripada Ali bagi membantu menyelesai­kan masalah banjir di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa sambil disaksikan Wong (empat kiri) di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia