Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat, ketua kaum digesa aktif demi kemajuan kampung, daerah

-

KUCHING: Semua ketua masyarakat dan ketua kaum di kawasan Tanjong Datu digesa bergiat aktif dan lebih proaktif demi kemajuan kampung dan daerah masingmasi­ng.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, pemimpin masyarakat harus bekerjasam­a dengan masyarakat bagi menjaga kampung masing-masing serta memastikan keperluan dan kehendak penduduk diutamakan untuk pembanguna­n menyeluruh.

“Sempena Maal Hijrah 1442 Hijrah, pemimpin masyarakat harus lebih proaktif untuk kemajuan kampung.

“Mereka harus memastikan kampung bersih dan memberi input bagaimana untuk memajukan kampung dengan kerjasama erat penduduk.

“Apatah lagi sekararang kawasan Tanjong Datu terutama Lundu menjadi salah satu lokasi tumpuan pengunjung dan maka itu, kita perlu merebut peluang ini,”katanya pada Program Maal Hijrah Tahun 2020 di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem di sini barubaru ini.

Pada majlis itu, sejumlah RM15,000 disumbangk­an Yayasan Jaznan untuk tujuan baik pulih dan membeli peralatan lampu dalam Masjid

Pehin Sri Haji Adenan Satem.

Geran projek kecil luar bandar (MRP) fasa ketiga iaitu sebanyak RM5,000 turut disumbangk­an kepada Persatuan Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat Islam Tanjong Datu.

Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu turut menyumbang RM2,000 kepada Surau SK Siar.

Dalam pada itu, Jamilah turut menjanjika­n RM90,000 untuk diberikan kepada semua 60 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung di Tanjong Datu bagi tujuan keceriaan, penyelengg­araan dewan dan surau atau masjid di kampung-kampung berkenaan.

 ??  ?? TERIMALAH: Jamilah menyampaik­an sumbangan pada Program Maal Hijrah Tahun 2020 di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem.
TERIMALAH: Jamilah menyampaik­an sumbangan pada Program Maal Hijrah Tahun 2020 di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia