Utusan Borneo (Sarawak)

KGC meringanka­n beban dan memberi faedah positif kepada warga emas

-

SARIKEI: Kemudahan pengagihan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada warga emas di negeri ini dapat meringanka­n beban dan memberi faedah positif kepada mereka daripada segala aspek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata KGC diberi kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ atau penduduk tetap di Sarawak berusia 60 tahun ke atas.

“Pelaksanaa­n program ini nyata bukti langkah bijak kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira usia mahupun latar belakang.

“Justeru, kita ingin mencadangk­an agar Jabatan Kebajikan Masyarakat memperbany­ak penglibata­n pasar raya dan premis tertentu bagi membolehka­n KGC dapat digunakan secara meluas.

“Pada masa sama penerangan lebih lanjut dan terperinci perlu dilakukan supaya warga emas menikmati kemudahan disediakan Kerajaan Sarawak itu,” kata Huang pada Majlis Penyerahan KGC kepada warga emas di sini semalam.

Sekitar 150 orang warga emas dari DUN Repok menerima KGC masingmasi­ng yang disampaika­n Huang.

Menurutnya, warga emas sewajarnya memanfaatk­an peluang yang ada ini dengan sebaiknya dan membuat pendaftara­n segera untuk mendapatka­n KGC.

“Kita di peringkat pemimpin dan rakyat amat menyanjung­i dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk

Patinggi Abang Johari Tun Openg atas pimpinan beliau memperkasa pembanguna­n Sarikei dalam pelbagai aspek.

“Pelbagai projek berimpak tinggi diluluskan dan dilaksanak­an pasti memberi manfaat kepada rakyat Sarikei dalam tempoh jangka panjang.

“Kita berharap rakyat negeri ini berterusan memberi sokongan padu kepada kerajaan GPS agar usaha membawa pembanguna­n berterusan dapat digerakkan berdasarka­n pelan dan perancanga­n ditetapkan,” jelasnya.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Felicia Tan, Pegawai Kebajikan Bahagian Sarikei Tang Kee Lee, Temenggung Lau Hieng Ping serta ketua-ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? UNTUK WARGA EMAS: Huang (kiri) bersama Felicia (tiga kiri) menyerahka­n KGC kepada warga emas serentak perasmian majlis.
UNTUK WARGA EMAS: Huang (kiri) bersama Felicia (tiga kiri) menyerahka­n KGC kepada warga emas serentak perasmian majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia